Thursday, February 19, 2009

Birokrasi atau Ketidakcekapan atau Tak Tahu Buat Kerja

Salam,
Aku baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat makmal komputer di Seksyen 6, Shah Alam bagi sekolah2 yang tidak selesai makmalnya. Pelbagai pandangan telah aku berikan dan bila ditanya dan diselidik, aku dapati penyampaian dari KPM kepada JPN tak jelas dan sebab itu penyampaian JPN kepada sekolah tidak berlaku.
Berdasarkan pengalaman aku di KPM, aku dapati pihak JPN tidak dipanggil sewaktu penganugerahan kerja oleh KPM kepada JPN. Sewaktu aku dulu, aku beri penegasan kepada bahagian2 terlibat di KPM supaya libatkan pegawai JPN dan PPD tetapi kini tidak berlaku. Kesimpulan aku inilah akibatnya bila pegawai PTD berada di KPM dan JPN yang tidak memahami pelaksanaan prosedur kerja dalam KPM yang sangat sofisticated. Yang jadi mangsa ialah sekolah2. Aku tak jadi nak suarakan atau tembak banyak2 kerana pegawai JPN yang hadir memang tidak dapat maklumat dari KPM. Yang aku paling marah ialah bila dipaksa menandatangani SAP dan SPP walaupun kerja2 belum selesai dilakukan.

1 komen:

susah nak cakap ris..melakukan perkara yang kita tak suka memang menjadikan kita marah dan keciwa..