Minggu ini benar2 menguji aku kerana dibebani dengan antara tugas dan tanggungjawab. Tugas yang dipertanggungjawabkan amat berat kerana terpaksa mengurus setia perkhemahan badan beruniform peringkat negeri Selangor bermula 18-21 Februari 2009. Segala persediaan dan persiapan bagi memastikan kelancaran program ini terletak di bahu aku. Serentak dengan itu aku berdepan dengan tanggungjawab mengurus isteri yang baru selesai menjalani pembedahan Carpel Tunnel Syndrome pada 13 Februari 2009 lalu. Demi tanggungjawab terhadap isteri aku telah mengambil cuti pada hari semalam dan hari ini. Walaupun bercuti aku terpaksa menghadiri meeting pada petang semalam disamping kerap menelefon Penolong Kanan Kokurikulum bagi memastikan tiada masalah.
Kesibukan pada minggu lepas dengan sekolah ganti pada 14 Februari dan ke SK Subang Bestari pada 15 Februari dan akan berterusan sehingga 21 Februari menyebabkan aku tidak dapat berehat dan ditambah dengan gusi aku yang membengkak dan sukar untuk makan. Beginilah cabaran dalam menghadapi kehidupan. Insya-Allah segala cabaran itu akan aku galas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Wassalam
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
1 komen:
Sabar, sabar dan sabar.... Abeh aku nak kata apa lagi? berat mata memandang berat lagi bahu kau yg memikulnya kan.....?
Moga tabah dan berjaya menghadapi semua cabaran itu!
Post a Comment