Selamat Hari Thaipusam kepada rakan2 dan staf berbangsa India. Cuti hujung minggu yang panjang selama 3 hari juga dipenuhi dengan pelbagai perkara. Hari ini sahaja terpaksa ke bengkel membaiki kereta isteri yang tahu bawa sahaja. Petang ini pula terpaksa balik ke Muar atas urusan keluarga sebelah isteri dan seterusnya menghadiri majlis perkahwinan saudara isteri di Batu Pahat pada hari Ahad. Selepas itu balik semula ke rumah dan diharap peluang untuk berehat pada hari Isnin dapat dinikmati sepuas2nya.
Mulai Selasa terpaksa bergelumang semula dengan tugas2 lain yang dahpun menanti. Tiga mesyuarat perlu dilaksanakan pada hari Selasa sampai ke petang. Rabu terpaksa menghadiri satu lagi mesyuarat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Jumaat pula kena mempengerusikan mesyuarat perkhemahan badan beruniform peringkat negeri Selangor.
Jumaat merupakan satu hari yang merumitkan kerana dua perkara serentak dan sukar membuat pilihan. Antara tanggungjawab terhadap tugas dan menguruskan isteri yang akan menjalani pembedahan???? Aku terpaksa mempertimbangkan sebaik2nya. Insya-Allah.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
Askm Faris.
Besarnya pahala bila anda mendahului isteri di saat anda amat diperlukan disisinya sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan yg total. Biasanya isteri tabah dan redha dgn apa kemungkinan namun sebenarnya hatinya rapuh.Bahagianya seorang isteri bila suaminya ada disisi saat sebegitu. Rasanya tiada persoalan bila tiba kpd bab isteri sakit. Begitu juga bila tiba pada suami, isteri tdk akan teragak2 dan bertindak sebijaknya setia disisi.
Tuntutan tugas pengurusan kita diperingkat manapun boleh diwakili atau diambilalih sementara oleh oleh lain...isteri tiada dua tiganya. I know u boleh handle situasi ini dgn bijak. Fikir2kan Faris!
Faris, aku pun bersetuju dgn Ita, dlm bab isteri sakit ni, perkara2 lain tu kau kena tangguhkan atau wakilkan pd orang lain.... Tunjukkanlah kasih sayang dan keperihatinan kau pdnya dgn ikhlas.... moga kau sekeluarga sentiasa bertambah2 bahagia!
Terima kasihlah kepada Ita dan Usop atas peringatan tersebut. Sekarang ni saya tengah convince PK1 saya untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Minta2 dia sangguplah hendaknya.
Post a Comment