Saturday, February 21, 2009

Berterusan Tanpa Rehat - Antara Tanggungjawab dan Minat

Hari ini merupakan hari Sabtu. Aku terpaksa bekerja kerana mengurus setia Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Selangor yang ditutup pada hari ini dan baru saja sampai ke rumah. Sebaik sahaja sampai ke rumah, jiran menegur aku dan bertanya kerja ke hari ini? Aku jawab ada program dan baru dia tahu agaknya jadi cikgu ni tak ada masa rehat juga kerana hari Sabtu pun kena kerja.
Hari esok (Ahad) nampaknya aku tak dapat bercuti lagi kerana telah merancang membantu sekolah rakan aku iaitu SK Rinching Hilir untuk memasang komputer baru untuk dijadikan server di makmal komputernya dan melakukan kerja2 penyelenggaraan kesemua komputer di makmalnya.
Oleh itu minggu ini juga aku tidak boleh berehat setelah minggu lepas aku juga tidak dapat berehat. So, dah dua minggu berturut2 aku berterusan bekerja. Apa yang aku lakukan adalah tanggungjawab dan minat yang ada pada aku. Antara tanggungjawab dan minat tu perlulah diselaraskan disamping niat ikhlas aku untuk membantu rakan2.

0 komen: