Malam ini aku telah melawati laman web UPSI. Bila difikir2 banyak kali akhirnya aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dengan mengisi borang secara online kerana tarikh tutup ialah pada 28 Februari 2009. Tinggal beberapa proses lagi untuk menghantar salinan dokumen dan pengesahan pengadil.
Rasanya aku bersendirian kerana rakan2 yang lain yang diajak bersama nampaknya tak ada respon. Hasrat aku nak sambung di UKM juga terbantut bila sendirian begini. Lebih baik aku teruskan juga di UPSI kerana kebanyakan pensyarah telah aku kenali dan aku juga mempunyai reputasi yang baik di UPSI ni.
Harapan aku agar usaha aku ini tidak terkandas di pertengahan jalan dan sekali lagi aku terpaksa berkorban masa demi mengejar cita2. Insya-Allah aku akan bulatkan tekad aku.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
Baguslah faris, tahniah krn telah mengambil keputusan utk buat master! Aku bukannya tak respon tapi respon aku negatiflah.... banyak rintangan dan banyak jugak perkara2 lain yg aku perlukan selesaikan sebelum boleh aku meneruskan pengajian peringkat sarjana. Aku memang berhajat jugak tapi bukan pada masa ini.
Moga berjaya mengejar cita2 di samping menjaga keluarga!
kos apa tu? saya pun sedang wat Master diUTM. EDUCATION-MANAGEMENT &ADMINISTRATION.Wat Master ni hanya 40 credit je bagi yang ambil fesyen macam saya iaitu tought and tesis tapi berat juga.tengok tajuk common saja tapi mmm.mencabar.Anyway di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Pada awal enrol dulu ramai,tapi makin lama makin sikit.Tapi yang pelik kaum lelaki mudah mengundur..Tapi saya kena semangat gak maklum wat secara pjj kena ulang alik 2 miggu sekali,kerja agi,rumah agi, tapi dimana ada semangat di situ ada kekuatan. hi.hi. teruskan niat... tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga liang lahad-hadis.
aku akan join kau faris, kita sekelas nanti..tugasan kita bagi bagi..hahaha
Post a Comment