Hari ini aku mula bekerja semula setelah bercuti semalam. Apabila memasuki pejabat pada hari ini aku tak henti dan putus menerima kunjungan baik tetamu dan juga jurujual sehingga jam 12.00 tengah hari baru aku boleh makan. Pukul 12.30 tgh hari aku terpaksa mempengerusikan pula mesyuarat kurikulum sehingga 4.00 petang. Setelah itu aku terpaksa menyelesaikan urusan menandatangani semua dokumen kewangan dan juga meminitkan surat2 yang diterima. Hampir pukul 6.00 petang kerja2 tu selesai. Aku pun memulakan langkah menuju ke kereta dan sekali lagi aku tersangkut apabila melayan aduan dan pernyataan masalah oleh salah seorang guru aku yang mewakili guru2 yang lain. Di sinilah aku dapat membuat check and balance tentang penolong kanan aku serta mendapat beberapa input dari beliau. Aku minta beliau memberitahu semua guru bahawa aku bersikap telus dan tulus sekiranya ada masalah yang dihadapi. Mereka bimbang aku berpihak ke satu arah tertentu dan aku berpeluang menyakinkannya bahawa aku sentiasa telus dan tulus serta tujuan utama ialah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah aku. Di sini sedikit sebanyak aku telah dapat menganalisis corak kepimpinan aku. Sehingga jam 7.00 malam baru aku dapat bergerak balik. Esok kesibukan aku akan berterusan dan kali ini bagi menghadiri Mesyuarat Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Bil.2 di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor di Sungai Tekali. Kali ini entah sampai pukul berapa pula.
Beginilah tugas2 yang terpaksa dipikul dan digalas. Aku berharap aku akan dapat melaksanakannya dengan telus dan tulus juga. Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
faris
kau dah macam markiman kobiran pulak yer...sian kau, aku di aur cuma perlu cari 'a' supaya aur mengeluarkan aura...
teruk betul kerja GB ya. Jgn stress sudahlah. patut elaun GB ni di naikkan lagi.Sian terkejar2 semua perkara. Teruskan berkhidmat.
Post a Comment