KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Thursday, April 30, 2009

Destinasi

Hujung minggu ini yang bermula esok memberi ruang masa cuti selama 3 hari yang bermula dengan Cuti Hari Pekerja. Destinasi yang dirancang adalah untuk pulang ke Muar (rumah mertua) kerana sudah agak lama tidak pulang ke sana. Tiba-tiba isteri kata tak payah pulak kerana abangnya akan pulang esok bagi mengambil mak mertua aku tu untuk dibawa ke Kajang. So kami mengambil keputusan tidak pulang ke Muar. Tapi ke mana?????? Kebetulan anak lelaki aku pulang dari asrama dan ini bermakna kami dapat berkumpul sekeluarga. Terfikir juga aku untuk membawa keluarga aku ke suatu destinasi untuk tujuan riadah tetapi ke mana? Aku rasa tidak perlu dirancang tetapi mengikut kehendak anak2 aku pada hari esok. Oleh itu destinasi aku masih lagi menjadi tanda tanya...... Ke mana?? Berapa lama?? Tujuan apa?? Hanya...

Friday, April 24, 2009

Kepengikutan

Kelly (1992) menyatakan para pengikut merupakan kuasa penting di belakang produktiviti organisasi. Lundin dan Lancaster (1990) menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak boleh berjaya kecuali mereka boleh mewujudkan satu kumpulan pengikut yang taat, berkebolehan dan berpengetahuan.Saya tertarik dengan pandangan Kelly (1992) yang mengkategorikan pengikut kepada LIMA kumpulan yang berbeza iaitu :1. "alienated" - berfikiran bebas & kritikal ttpi kurang dlm perhubungan akibat daripada perasaan tidak puas hati dengan persetujuan kerana kekecewaannya terhadap pemimpin dan organisasi. Disokong oleh Brown dan Thornborrow (1996), mereka ini berfikiran bebas dan kritikal tetapi begitu pasif dlm melaksanakan tugasnya. Ia merupakan pengikut yang "switch off" dan jarang menunjukkan penentangan secara...

Thursday, April 23, 2009

Komunikasi

Terdapat 126 definisi komunikasi yang dapat dikumpulkan oleh Frank E.X. Dance. Semuanya setelah dirangkum dapat dikategorikan kepada 15 komponen konseptual iaitu:1. Simbol/verbal/ujaran, komunikasi adalah pertukaran fikiran atau gagasan secara verbal. (Hoben, 1954)2. Pengertian/pemahaman, proses di mana kita memahami dan difahami orang lain. Komunikasi merupakan proses yang dinamis dan secara konstan berubah sesuai dengan situasi yang berlaku. (Anderson, 1959)3. Interaksi/hubungan/proses sosial. Interaksi adalah pewujudan komunikasi. Tanpa komunikasi tidak akan terjadi interaksi. (Mead, 1963)4. Pengurangan rasa ketidakpastian. Komunikasi timbul didorong oleh keperluan untuk mengurangi ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego. (Burnland, 1964)5. Proses, komunikasi...

Monday, April 20, 2009

Integriti, Akauntabiliti dan Legaliti

Hari ini sekolah saya telah diarah menghantar segala dokumen bagi tujuan audit tahun 2008. Dah terlanjur bercakap tengan kewangan, saya telah mengambil beberapa perkara penting melalui buletin yang diterbitkan oleh INTAN berkaitan dengan Integriti dan Akauntabiliti.INTEGRITY and ACCOUNTABILITY are buzzwords in the current public administration. These words are often heard and repeated by various quarters. Integrity and accountability are extremely important elements in ensuring good financial management in any entity, be it public or private. What do these terms actually mean?Integrity as defined in the Oxford Dictionary is quality of being honest and upright in character. Collin English Dictionary, it is defined as adherence to moral principles, honesty, wholeness and soundness. Integrity...

Sunday, April 19, 2009

Motivasi

Semalam sekolah saya mengadakan program motivasi kepada murid tahun 6 dan ibu bapa mereka. Lantas saya terbaca satu artikel oleh Tajdin Suhaimin yang mengulas dan mentakrif motivasi. Saya paparkan bagi renungan dan bacaan bersama tentang pengertian, definisi dan takrifan beliau.1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh berterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang...

Thursday, April 16, 2009

Bengkel Konfigurasi Rangkaian Makmal Komputer

Aku dan rakan telah berjaya mengadakan bengkel untuk guru penyelaras makmal komputer dalam zon PKG Bangi. Walaupun tempoh 2 hari pada 15 & 16 April adalah terlalu singkat dan tidak mencukupi tetapi dirasakan cukup untuk bekalan ilmu bagi mereka menyelesaikan masalah makmal komputer sekolah masing2.Itulah khidmat dan ilmu yang boleh aku kongsi bersama dengan mereka yang memerlukan dengan harapan ia akan membantu mere...

Sunday, April 12, 2009

PC Fair

Hari ini aku mengambil kesempatan bersama keluarga ke PC Fair di KLCC. Seperti biasa musim PC Fair, orang punyalah ramai sehingga sukar untuk bergerak. Tujuan aku hanya untuk membeli sebuah laptop bagi kegunaan sekolah. Entah bagaimana aku sekeluarga terpikat dengan promosi LCD TV Panasonic yang ditawarkan diskaun dan harganya murah daripada harga pasaran biasa. Fikir punya fikir akhirnya aku sekeluarga bersetuju membelinya. Punyalah letih untuk mengangkutnya ke kereta kerana terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari KLCC iaitu sekitar masjid KLCC. Nasib baik kami sekeluarga dan boleh bergilir-gilir.Rupa-rupanya memang sifat manusia walaupun tiada niat untuk membeli tetapi jika kempen yang dibuat oleh syarikat atau juru jual menyebabkan kita menukar keputusan asal kita. Itulah nafsu namanya....

Thursday, April 9, 2009

Lawatan Jemaah Nazir

Semalam aku masih bercuti. Hari ini masuk kerja semula. Semua PK aku memaklumkan bahawa 3 orang pegawai JNS telah datang memantau program HEM. Ketua rombongannya ialah Hj Ahdon Mes. Beliau mengenali aku dan bertanyakan aku. Semestinya aku kenal dia sewaktu di KPM dulu kerana aku menyelaras pemantauan program sekolah bestari dan dia salah seorang key personel aku sewaktu dia Ketua JNS Melaka. Cuma aku tak berkesempatan berjumpa dgnnya kali ini. Bila orang dah kenal ni, tak ada masalah sangatlah bila dia memantau dan findingnya tidaklah teruk sangat.Apa yang penting sekurang2nya PK aku tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut ditokok tambah kesan dari kekurangan persediaan yang ada....

Tuesday, April 7, 2009

Berita Sedih dan Ke Johor Bahru

Subuh tadi aku dikejutkan dengan berita menyedihkan. Mak saudara sepupu aku telah kembali ke rahmatullah. Fikir punya fikir aku mengambil keputusan bercuti dan menumpang kenderaan sepupu aku di Cheras untuk ke Century Garden, JB bagi menziarahi keluarganya. Arwah yang aku panggil Mak Ngah adalah orang yang paling tua setakat ini dalam keluarga sebelah ayah aku. Aku berkesempatan berbual dengannya sewaktu majlis perkahwinan cucunya pada tahun lepas dan itu merupakan kali terakhir aku berjumpanya. Sambil menantikan ketibaan sepupu aku, aku mengambil peluang mencoretkan berita sedih ini. ALFATIHAH. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal sol...

Monday, April 6, 2009

Taklimat e-GTukar

Hari ini aku terpaksa pergi ke SJKC Sungai Way bagi sesi taklimat kerana terdapat beberapa perubahan dalam sistem ini. Aku berhasrat untuk lalu Lebuhraya Persekutuan dari Kajang dengan melalui Lebuhraya Besraya terlebih dahulu. Aku mula keluar rumah pada pukul 7.30 pagi dan jangka sampai sebelum pukul 9 pagi kerana sesi tersebut bermula pada pukul 9 pagi. Pukul 8.05 pagi aku dah mula masuk Federal Highway dari Besraya Highway, alamak jem giler..... Jem ini akan berlarutan sehingga selepas Pantai Dalam atau Hospital Universiti. Aku agak tak boleh sampai sebelum pukul 9 pagi lantas aku mengambil keputusan dengan memasuki ke Seremban Highway dan melalui New Pantai Expressway. Alhamdulillah kerana aku cuma tersangkut jem sedikit di Bandar Sunway dan seterusnya aku berjaya sampai pada pukul 8.30...

Thursday, April 2, 2009

Penyelesaian Masalah

Hari ini aku bermula dengan penguatkuasaan pemantauan kerana ada segelintir yang sengaja ingkar arahan dan peraturan. Aku bukannya suka nak marah orang tapi keadaan ada kalanya memaksa kita bertindak sedemikian. Kenapalah sukar sangat nak mengikut peraturan? Nak kerja senang aje.... Agaknya dah manja sangat. Bila dibuat begitu barulah nampak kelam kabut sedikit nak ikut peraturan.Aku mengambil kesempatan juga pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesahkan status murid aku yang sama dokumen sijil lahir dengan murid di SK Jalan Bukit. Sahlah bahawa murid aku ni bukan pemegang sijil lahir sebenar dan perlu membuat daftar kelahiran baru dan telah dilakukan oleh ibu angkatnya. Aku juga mengambil kesempatan memanggil ibu angkat murid tersebut dan beliau menyatakan bahawa JPN Putrajaya akan...

Pages 381234 »