Hari ini aku mengambil kesempatan bersama keluarga ke PC Fair di KLCC. Seperti biasa musim PC Fair, orang punyalah ramai sehingga sukar untuk bergerak. Tujuan aku hanya untuk membeli sebuah laptop bagi kegunaan sekolah. Entah bagaimana aku sekeluarga terpikat dengan promosi LCD TV Panasonic yang ditawarkan diskaun dan harganya murah daripada harga pasaran biasa. Fikir punya fikir akhirnya aku sekeluarga bersetuju membelinya. Punyalah letih untuk mengangkutnya ke kereta kerana terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari KLCC iaitu sekitar masjid KLCC. Nasib baik kami sekeluarga dan boleh bergilir-gilir.
Rupa-rupanya memang sifat manusia walaupun tiada niat untuk membeli tetapi jika kempen yang dibuat oleh syarikat atau juru jual menyebabkan kita menukar keputusan asal kita. Itulah nafsu namanya. Tapi aku rasa memang patut pun aku membelinya kerana tv aku yang dirumah memang sudah lama dan sudah dua tiga kali dibaiki. Sekurang2nya mengikuti perkembangan TV LCD yang banyak dipasaran sekarang. So malam ini aku sekeluarga menonton ABPBH dengan tv baru. Seronok juga.........
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
haha pandai la kau mersionalkan keputusan ad hoc kau tu.....apa2pun skrg ni aku bayangkan kau sekeluarga tengah menghadap tv baru tu....tengok adlin aman ramli. Berapa kau beli?
kau yg buat keputusan dan kau sendiri yg menyatakan alasan... hehe pandai ler kau faris, aku pun nak tahu bape harganya? Pikom PC Fair akan diadakan di Muar hujung bulan ni!
Min dan Sop,
Janganlah marah.... Aku saja nak mengusik kau orang semua. Ha ha ha....
Untuk makluman harga pasaran saiz 32" tu adalah RM1999 tapi diberi tawaran RM1599. Jimat RM400, apa lagi aku pun belilah dan lagipun tawarannya adalah sebanyak 5 unit saja. Sewaktu aku beli dah tinggal 3 unit saja lagi.
Seronok aku tengok TV baru... he he he... dengan rasmi menonton ABPBH. TK.
Post a Comment