Semalam sekolah saya mengadakan program motivasi kepada murid tahun 6 dan ibu bapa mereka. Lantas saya terbaca satu artikel oleh Tajdin Suhaimin yang mengulas dan mentakrif motivasi. Saya paparkan bagi renungan dan bacaan bersama tentang pengertian, definisi dan takrifan beliau.
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.
3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh berterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat
4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini
5. Motivasi adalah suatu pemangkin yang menimbul dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.
Beliau mengkritik apabila ada pendapat menyatakan bahawa sekiranya keinginan itu tercapai, faktor motivasi itu bukan lagi menjadi faktor. Pernyataan beliau ialah :
A satisfied need, in actuality still has its motivational functions. The motivational functions shall be; to nurture and sustain what is or are being possessed or hold.
Oleh itu perlu bagi kita supaya tidak berasa kita telah melakukan sesuatu untuk memotivasi ibu bapa dan murid maka ia dikira sudah dilaksanakan dan diabaikan sedangkan ia merupakan fungsi utama yang boleh terus digalakkan.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
1 komen:
Faris..Taidin Suhaimin tu adalah abang saya..terima kasih kerana memaparkan artikelnya untuk renungan kita bersama..
Post a Comment