Subuh tadi aku dikejutkan dengan berita menyedihkan. Mak saudara sepupu aku telah kembali ke rahmatullah. Fikir punya fikir aku mengambil keputusan bercuti dan menumpang kenderaan sepupu aku di Cheras untuk ke Century Garden, JB bagi menziarahi keluarganya. Arwah yang aku panggil Mak Ngah adalah orang yang paling tua setakat ini dalam keluarga sebelah ayah aku. Aku berkesempatan berbual dengannya sewaktu majlis perkahwinan cucunya pada tahun lepas dan itu merupakan kali terakhir aku berjumpanya. Sambil menantikan ketibaan sepupu aku, aku mengambil peluang mencoretkan berita sedih ini. ALFATIHAH. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
5 komen:
innalillahi wainnaillahi rajiun, salam buat takziah faris, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh, amin.
innalillahi wainnaillahi rajiun, salam takziah faris, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh, amin.
Sop,
Terima kasih banyak. Jenazah selamat dikebumikan pukul 2.15 petang sebaik selesai solat Zohor dan jenazah. Pukul 6.00 ptg baru bertolak balik semula ke Kajang dan pukul 10.30 mlm baru sampai. Rasanya nak cuti sehari lagi esok kerana badan terasa penat. TK.
cuti ler faris, johor arini cuti sempena keputeraan sultan johor dan esok aku nak cuti, rehat kat umah, wife ada jugak bagitahu nak berjalan, dah boring duduk rumah. org pompuan kalau tak duduk rumah nak duduk kat mane ek....
Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh dan solehah. Alfatihah.
Post a Comment