Hari ini aku terpaksa pergi ke SJKC Sungai Way bagi sesi taklimat kerana terdapat beberapa perubahan dalam sistem ini. Aku berhasrat untuk lalu Lebuhraya Persekutuan dari Kajang dengan melalui Lebuhraya Besraya terlebih dahulu. Aku mula keluar rumah pada pukul 7.30 pagi dan jangka sampai sebelum pukul 9 pagi kerana sesi tersebut bermula pada pukul 9 pagi. Pukul 8.05 pagi aku dah mula masuk Federal Highway dari Besraya Highway, alamak jem giler..... Jem ini akan berlarutan sehingga selepas Pantai Dalam atau Hospital Universiti. Aku agak tak boleh sampai sebelum pukul 9 pagi lantas aku mengambil keputusan dengan memasuki ke Seremban Highway dan melalui New Pantai Expressway. Alhamdulillah kerana aku cuma tersangkut jem sedikit di Bandar Sunway dan seterusnya aku berjaya sampai pada pukul 8.30 pagi.
Rakan2 dari daerah Hulu Langat yang menaiki bas pada pukul 7 pagi sampai pada pukul 9.05 pagi dan terpaksa berada dalam bas hampir 2 jam. Begitulah keadaan lalu lintas di KL. Jika kita tidak pandai mengambil laluan alternatif lain, alamat tak akan dapat sampai tepat pada waktunya. Di samping itu itulah peluang untuk berjumpa dengan rakan2 dari daerah lain.
Taklimatnya bukanlah banyak sangat tetapi yang lebih hendak dihighlightkan ialah memperkenalkan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang baru.
TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
1 komen:
agaknya apa cara utk kita mengatasi masalah jem ni. aku nak cdgkan spy kita gunakan jet yg blh menerbangkan tuan pya diri shj. ada keluar dlm tv. nak terbang aje pakai benda tu, start enjin n terus terbang. baru tak jem.
Post a Comment