Friday, April 24, 2009

Kepengikutan

Kelly (1992) menyatakan para pengikut merupakan kuasa penting di belakang produktiviti organisasi. Lundin dan Lancaster (1990) menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak boleh berjaya kecuali mereka boleh mewujudkan satu kumpulan pengikut yang taat, berkebolehan dan berpengetahuan.
Saya tertarik dengan pandangan Kelly (1992) yang mengkategorikan pengikut kepada LIMA kumpulan yang berbeza iaitu :
1. "alienated" - berfikiran bebas & kritikal ttpi kurang dlm perhubungan akibat daripada perasaan tidak puas hati dengan persetujuan kerana kekecewaannya terhadap pemimpin dan organisasi. Disokong oleh Brown dan Thornborrow (1996), mereka ini berfikiran bebas dan kritikal tetapi begitu pasif dlm melaksanakan tugasnya. Ia merupakan pengikut yang "switch off" dan jarang menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap kepimpinan.
2. "conformist" - berlawanan dgn "alienated". Kdg2 disebut pak sanggup atau lurus bendul. Kumpulan ini lebih ceria. Bergantung sepenuhnya kepada pemimpin untuk memperolehi inspirasi.
3. "pragmatist" - berlegar-legar di pertengahan jalan. Kurang mempersoalan pemimpinnya. Berpegang kepada slogan lebih baik selamat daripada menanggung penyesalan. Bijak ikhtiar hidup dlm keadaan yang berubah. Dikenali juga sebagai kumpulan yg duduk di atas pagar seolah2 seperti seekor chameleon
4. "passive" - tidak berfikir utk diri sendiri malah tidak langsung aktif di dalam organisasi. Tidak kritikal, kurang inisiatif serta kurang bertanggungjawab.
5. "exemplary" - ciri2 pengikut contoh. Pemikir kritikal yg tetap dan sememangnya terlibat secara aktif dlm organisasi. Pengikut efektif dan mempunyai kebolehan berfikir serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tenaga dan asertif yang tinggi. Mereka selalunya "risk takers" dan "self-starters" yang boleh menyelesaikan masalah bersendirian

Ini adalah sebahagian bacaan jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang telah saya dapat dan dikongsi bersama. TK.

2 komen:

Menarik ... kalau macam tue sifu mempunyai category yg mana satu yea?

Menarik entry ni Faris. Walaupun kita pemimpin di sekolah, tetapi kita masih lagi jadi pengikut.