Thursday, April 2, 2009

Penyelesaian Masalah

Hari ini aku bermula dengan penguatkuasaan pemantauan kerana ada segelintir yang sengaja ingkar arahan dan peraturan. Aku bukannya suka nak marah orang tapi keadaan ada kalanya memaksa kita bertindak sedemikian. Kenapalah sukar sangat nak mengikut peraturan? Nak kerja senang aje.... Agaknya dah manja sangat. Bila dibuat begitu barulah nampak kelam kabut sedikit nak ikut peraturan.
Aku mengambil kesempatan juga pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesahkan status murid aku yang sama dokumen sijil lahir dengan murid di SK Jalan Bukit. Sahlah bahawa murid aku ni bukan pemegang sijil lahir sebenar dan perlu membuat daftar kelahiran baru dan telah dilakukan oleh ibu angkatnya. Aku juga mengambil kesempatan memanggil ibu angkat murid tersebut dan beliau menyatakan bahawa JPN Putrajaya akan mengeluarkan sijil lahir. Apa yang aku faham sewaktu ke JPN Kajang, pihak JPN akan mengeluarkan daftar kelahiran saja kerana daftar kelahiran tidak menunjukkan ia seorang warganegara dan perlu memohon kerakyatan. Bila siibu angkat berkata sedemikian, aku memutuskan untuk menelefon JPN Putrajaya esok kerana waktu dahpun melewati pukul 5 ptg.
Jika daftar kelahiran yang dikeluarkan maka aku terpaksa menamatkan persekolahan murid ini dan meminta beliau memohon kebenaran belajar, membayar fees dan baru boleh bersekolah semula. Nampaknya GB pun kena jadi pegawai jabatan pendaftaran negara. Itu merupakan sebahagian pengalaman dan menunjukkan bahawa tugas guru ni memang rencam.
Dah penat rasanya kerana hampir setiap hari balik pukul 6 petang dan keluar rumah seawal 6 pagi.
TK.

1 komen:

respondeat superior...itulah tanggungjawab GB...be proud of your job..cekalkan hati.