KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Friday, October 30, 2009

Hari Keluarga - 31 Oktober hingga 1 November 2009

Tanggal 31 Oktober 2009 hingga 1 November 2009 merupakan Hari Keluarga sekolah aku yang akan diadakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson. Kata orang hari keluarga sekadar untuk suka2. Ada orang kata juga hari keluarga buat menghabiskan duit aje. Dan ada juga orang kata hari keluarga hanya untuk glamour. Adakah kita memikirkan matlamat dan objektif di sebaliknya? Apa yang dihasratkan oleh teori organisasi? Jika dipandang dari aspek untuk keseronokan, memang ia akan menyeronokkan tetapi apa yang lebih penting ialah dari aspek pembangunan organisasi. Melalui hari keluarga inilah semangat setiakawan, sepasukan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan hubungan intim dalam aspek urusan kerja dapat diwujudkan. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran positif, sudah pasti ini merupakan platform utama untuk...

Wednesday, October 28, 2009

Panduan Cara Ubah Template Blog

Salam rakan2,Sejak kebelakangan ini terdapat banyak permintaan supaya diberitahu dan diajar cara untuk mengubah template blog. Atas rasa semangat setiakawan dan inginkan rakan2 dapat ilmu pengetahuan, saya telah meluangkan masa untuk menggubal panduan tersebut dan diharap rakan2 dapat memanfaatkannya. Jika tak boleh juga, sila emailkan kepada saya atau komen dalam entri blog ini.Sila klik di bawah untuk download. Pastikan juga rakan2 mempunyai perisian Adobe Reader.Panduan Cara Nak Ubah Template BlogSelamat Mencuba. Terima kas...

Tuesday, October 27, 2009

Tukar Template Lagi......

Aku masih lagi tercari-cari template yang bagus, menarik dan efektif. Oleh itu aku sering membuat penukaran template dari masa ke semasa. Apa yang penting aku nak juga rakan aku si Ucop turut sama selari dengan perkembangan aku. Takkan nak duduk di takuk lama aje. Oleh kerana si Ucop ni dah iktiraf aku sebagai Sifu dia, kenalah dia bergerak ke arah pergerakan yang sama dengan aku. Ucop, setakat tukar warna aje buat apa. He he he... Ko datang KL nanti, jumpa a...

Sunday, October 25, 2009

Selesai Tanggungjawab

Salam,Sabtu telah membawa aku ke Kuantan bagi menyelesaikan tanggungjawab bagi menyiapkan borang permohonan biasiswa JPA anak aku. Aku mengambil kesempatan untuk bertolak pada sebelah pagi dan pulang sebelah petang dengan menaiki bas sahaja. Ini disebabkan kepenatan untuk memandu dan rasanya sudah lama aku tidak menaiki bas.Kemudahan pengangkutan awam iaitu bas ini memang selesa pada ketika ini. Aku ke Kuantan dengan menaiki Transnasional dan pulang dengan menaiki Sani Ekspress. Sewaktu perjalanan pulang bas yang aku naiki adalah bertaraf eksekutif. Fulamak, selesanya mengalahkan naik kapal terbang iaitu dengan tempat duduk yang lebih empuk, ruang kaki yang lebih luas, dua tingkat dan pelbagai lagi. Satu dapatan pemerhatian yang aku peroleh pada hari Sabtu ialah sikap pemandu bas yang berdisiplin...

Wednesday, October 21, 2009

Etika Berbicara

MENGINGATKAN DIRI SENDIRIHendaknya pembicaraan selalu di dalam kebaikan. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya:“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (An-Nisa: 114).Hendaknya pembicaran dengan suara yang dapat didengar, tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu rendah, ungkapannya jelas dapat difahami oleh semua orang dan tidak dibuat-buat atau dipaksa-paksakan.Jangan membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagimu. Hadis Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyatakan: “Termasuk kebaikan islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).Janganlah kamu membicarakan semua apa...

Tuesday, October 20, 2009

Album Hujung Minggu

Hari Ahad merupakan hari terbuka hari raya rumah adik aku di kampungku. Memang agak ramai tetamu jemputannya sehingga melebihi 500 orang dan dah jadi macam kenduri kahwin pulak. Beberapa tetamu jemputan aku turut hadir dan diantaranya ialah saudara Yusof dan Ismail.Cikgu Yusof, Aku dan Cikgu IsmailSudah menjadi kebiasaan dan rutin apabila aku balik ke Kuantan tempat makan yang dituju adalah medan ikan bakar di Tanjung Lumpur dan lokasinya ialah Kedai Ana Ikan Bakar Petai. Namun begitu ada beberapa menu tidak dapat diadakan kerana ketiadaan bahan mentahnya. Di antara beberapa menu pilihan kami ialah :Ikan Aji Bakar PetaiIkan Kerapu Masak 3 RasaSotong...

Friday, October 16, 2009

Jadual Hujung Minggu

Hujung minggu ini aku cuba memenuhi jadual dan program untuk keluarga aku sendiri dengan hasrat dan harapan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan kita menjadi penghalang kepada mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan adalah wajib bagi kita mencari kesesuaian masa bagi menjalinkannya.Kepada semua kenalan, rakan dan staf semua diucapkan selamat berhujung minggu dan sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja berada terutamanya sewaktu di jalan raya.16 Oktober 2009 (Jumaat)- Bertolak ke Kuantan- Bercadang menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur- Bermalam di Kuantan17 Oktober 2009 (Sabtu)- Juadah pagi - mesti cari nasi dagang di Tanjung Api- Meraikan Hari Lahir Along- Menjejak kasih di Kuantan- Menikmati juadah pantai timur - mesti cari otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar,...

Thursday, October 15, 2009

Happy Deepavali

Happy Deepavali to all my Indian friends all over Malaysia. Especially :1. Valarmathi - Under graduate friend2. Perumal, Richard, Meganathan, Ravichandran, Thana and all post graduate friends3. Sreelatha and Saraswathi - my staff (teacher)4. All my Indian pupilsAnd all who know me. Happy Deepavali and have a nice celebration. Than...

Tuesday, October 13, 2009

Ubah Suai Template

Aku sudah mempunyai sedikit kelapangan waktu dan kelapangan ini aku gunakan bagi melakukan pengubahsuaian blog seperti kita selalu mengubahsuai kereta atau rumah. Matlamatnya supaya lebih kelihatan anggun dan menarik. Mungkin rakan2 boleh memberi sedikit komen dan pengubahsuaian ini masih belum siap sepenuhn...

Sunday, October 11, 2009

Ketenangan dan Kemerdekaan

Alhamdulillah kerana hari ini aku telah menamatkan paper terakhir exam. Paper hari ini adalah kepimpinan pendidikan dan aku berpuas hati menjawab walaupun masa tidak mencukupi dan jawapan aku masih tidak sempurna lantaran terlalu banyak idea yang nak dititipkan.Namun begitu aku tidak berpuas hati sewaktu menjawab paper kaedah penyelidikan kerana aku hilang konsentrasi dan banyak point penting aku tak dapat ingat kerana disebabkan kesibukan berkursus, menyiapkan tugasan dan pelbagai lagi. Harapan aku supaya ianya dapat memuaskan hati pensyarah.Kini aku tenang dari kesibukan belajar dan merdeka buat sementara waktu. Dalam diam rupanya aku telahpun...

Thursday, October 8, 2009

Terkapai-kapai

Hari ini dah merupakan hari Khamis. Aku masih belum dapat menyiapkan dengan sempurna dua tugasan yang perlu dihantar esok. Yang lebih tertekan adalah bila belum berkesempatan membaca. Ditambah pula dengan kursus yang terpaksa dihadiri. Alamak!!! Macam mana ni???? Ketenangan diri sahaja yang mampu membuatkan aku mampu melakukannya.Ini dah kira masuk masa kecederaan jika dalam permainan bola sepak. Pokok pangkalnya semua itu mesti diselesaikan dan akhirnya nanti aku terpaksa menjawab soalan peperiksaan mengikut kadar kemampuan yang tahu sahaja. Inilah susahnya bila belajar secara part ti...

Sunday, October 4, 2009

Beberapa Gambar Koleksi Hari Raya

Sebaik pulang dari kampung pada minggu lepas, saudara Yusof dan rakan2nya sempat hadir ke rumah aku. Terima kasih kepadanya kerana sudi hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya.Saudara Yusof dan rakan2nya sewaktu ke rumah aku pada 26 SeptSaudara Yusof di rumah aku pada 26 SeptPada hari ini, walaupun sibuk dengan persiapan exam, aku masih berkesempatan menziarahi Mak Long aku di Pandamaran, Klang, Selangor sempena aidil fitri. Selepas ke rumahnya, aku membawa keluarga aku ke Pantai Sungai Sembilang, Jeram, Selangor bagi menikmati ikan bakar dan lain2 juadah di situ kerana dah agak lama tak menikmatinya.Aku, isteri dan anak lelaki di Pantai Sungai...

Fokus

Mulai 9 hingga 11 Oktober aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1. Pastinya banyak persiapan perlu dilakukan terutamanya study. Memang aku kena pulun study kerana aku masih tidak membuat sebarang persiapan. Selain peperiksaan akhir, aku terpaksa menyiapkan tugasan kumpulan yang juga perlu dihantar pada 9 Okt. Tak boleh tangguh kerana kalau tak hantar, hilang carry mark tu. Dan satu perkara lagi kena jawab dan hantar juga take home test pada 9 Okt juga. Kalau diikutkan tension, memang tension kerana serentak pada minggu ini nanti aku terpaksa menghadiri kursus pada 6-9 Okt di Hotel Concord Inn, KLIA. Beginilah cabaran yang terpaksa aku lalui tetapi aku akan tetap melangkah dengan penuh semangat yang kent...

Pages 381234 »