Hari ini dah merupakan hari Khamis. Aku masih belum dapat menyiapkan dengan sempurna dua tugasan yang perlu dihantar esok. Yang lebih tertekan adalah bila belum berkesempatan membaca. Ditambah pula dengan kursus yang terpaksa dihadiri.
Alamak!!! Macam mana ni???? Ketenangan diri sahaja yang mampu membuatkan aku mampu melakukannya.
Ini dah kira masuk masa kecederaan jika dalam permainan bola sepak. Pokok pangkalnya semua itu mesti diselesaikan dan akhirnya nanti aku terpaksa menjawab soalan peperiksaan mengikut kadar kemampuan yang tahu sahaja. Inilah susahnya bila belajar secara part time.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
14 komen:
meh aku tolong...email kat aku, bio aku hampeh kan asingment kau tu
kalau ko dtg hari sabtu nnti, ko tolong siapkan ye....
oknye cikgu faris.. dalam exam tu tahap master ni tak perlu sangat teori dari orang lain. tapi yang penting cara merumuskan antara beberapa theori itu dengan dapatan sendiri. dan aplikasi dalam situasi. Supaya satu hari orang lain pulak guna rumusan kita untuk didiognosis pulak... Insyaallah A dalam gengaman.
CG Rosnah,
memang betul tu, tetapi sekurang2nya kena baca, faham dan tahu teori2 tu dulu sebelum boleh mengulas. boleh tu memang boleh jawab tetapi nak biar bernas sikit kupasannya.
Faris.. tenangkan diri, Usaha untuk A org dewasa mcm kita memang jauh bezanya..Masa dan konsentrasi yang membezakannya. Idea menjelmakan soalan dalam situasi juga berbeza kita untuk tahap cemerlang. Tapi tak pe.. kami doakan pasangan tunggal kohort kita akan beroleh kecemerlangan. Salam untuk Mahani
Soba faris...
Perasaan gementar dan sedikit kelam kabut itu biasa bagi mereka yang mendambakan 'cemerlang' dan bukan kejayaan biasa2. Kita akan sentiasa merasakan tidak cukup atau masih kurang atau belum lengkap. That shows u are really determine for success.
Walaupun masa itu tdk menunggu kita tapi kadangkala kita boleh mencuri masa dan bijak menggunakannya.
Semoga u sihat dan dan diberikan Allah ketenangan.
InsyaAllah... idea2 bernas itu akan datang bersama dgn kematangan berfikir di tambah dengan kekayaan ilmu dari pengalaman dan pemafahaman. I know u can face the challenge!!!
Kak Kiah,
Terima kasih atas sokongan. memang di peringkat ini, kematangan jawapan merupakan faktor utama dan bukannya penghafalan teori semata-mata.
Ita,
Memang kecemerlangan sentiasa diharapkan. Tambahan pula harapan menggunung untuk pergi lebih jauh lagi. Masalah utama sekarang ialah kekangan masa jika dibandingkan dengan sewaktu kita belajar dulu. TK.
hajat hati nak dtg menolong apakan daya aku pun selalu jugak 'terkapai-kapai'....hehehe
dahsyat la tajuk entri ko faris, sensasi!!! apa2 pun aku doakan yg terbaik utk study ko tu!
orang lemas akan capai apa sahaja utk menyelamatkan diri. jadi nasihat aku pd kau faris, capailah apa sahaja yg boleh menyelamatkan diri kau.
Selalu Lemas @ YBS,
Ko bukan tak tahu, dah banyak kita belajar waima nk letak tajuk pun mesti ada unsur menarik.
Ko terkapai2 dimana???
MPMN,
Memang pun. Macam biasalah katakan. Tapi taklah setension dulu. Tips dah ada dan ada paper yang open book test. Jomlah join.
Eh..eh..ehh... aku sebenarnya cukup kesian kepada hang pa semua yang tengah belajar termasuklah isteri aku tu. Tapi aku juga lebih kesian kepada mereka yang langsung tak ada keinginan nak sambung belajar. Aku sendiri ada niat cuma berkorban untuk isteri. Tapi kalau asyik mengeluh je letih juga ni. Menteri Pelajaran baru mungkin menjanjikan habuan kepada mereka yang ada SARJANA dengan 3 kenaikan . KAYA.Kaya...Kaya... Selamat Belajar. Belajar sepanjang hayat.
Shimme,
Itulah dia ganjaran. Saya dah dengar lama tetapi JPA masih belum luluskan. Harapan tu, bila dah ada nanti senang sikit nk dpt hadiah kenaikan tu. Cabaran dan dugaan memang berat, seberat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Post a Comment