Sunday, October 25, 2009

Selesai Tanggungjawab

Salam,
Sabtu telah membawa aku ke Kuantan bagi menyelesaikan tanggungjawab bagi menyiapkan borang permohonan biasiswa JPA anak aku. Aku mengambil kesempatan untuk bertolak pada sebelah pagi dan pulang sebelah petang dengan menaiki bas sahaja. Ini disebabkan kepenatan untuk memandu dan rasanya sudah lama aku tidak menaiki bas.
Kemudahan pengangkutan awam iaitu bas ini memang selesa pada ketika ini. Aku ke Kuantan dengan menaiki Transnasional dan pulang dengan menaiki Sani Ekspress. Sewaktu perjalanan pulang bas yang aku naiki adalah bertaraf eksekutif. Fulamak, selesanya mengalahkan naik kapal terbang iaitu dengan tempat duduk yang lebih empuk, ruang kaki yang lebih luas, dua tingkat dan pelbagai lagi.

Satu dapatan pemerhatian yang aku peroleh pada hari Sabtu ialah sikap pemandu bas yang berdisiplin dan memandu dengan mematuhi had laju kerana syarikat bas ini memang terkenal. Biasanya syarikat bas yang tidak terkenal menggaji pemandu yang tidak berdisiplin. Pengajarannya ialah apabila kita hendak menggunakan bas, pilihlah syarikat yang telah ternama dan tidak didengari kemalangan melibatkan syarikat bas tersebut.

Terima kasih kepada sahabat2 ku yang sudi menyambut aku di Kuantan yang bermula dengan Saupi, walaupun sibuk dan nak bertolak ke Terengganu tetapi masih sempat membantu aku. Terima kasih juga kepada Khalid iaitu sahabat aku ketika sama2 di JPN Pahang dulu yang menyambut aku selepas Saupi. Tidak lupa juga kepada rakan sekolah aku dulu saudara Razali yang sudi menjadi saksi dan akan berangkat ke Tanah Suci pada 18 November ini.

Alhamdulillah kerana semakin banyak tanggungjawab, Allah s.w.t telah mempermudahkannya. Amin.

8 komen:

tahniah. semoga berjaya ank kau dpt biasiswa tu. bagus jg naik pengangkutan awam. aku pun naik feri/bot je. hehehe

Jon,
Begitulah, sekali sekala kita kena pakai drebar dan bukannya asyik jadi drebar. Kah kah kah....

aku pun dah lama tak naik bas....feri/bot lg ler lama dah tak naik, yg selalunya naik jambatan jer, hehehe....

YBS,
Naik jambatan tu dah memang perkara rutin. Jambatan di rumah lagi kerap kot. He he he...

naik bas 2 tingkat sebenarnya bahaya terutamanya ikut jalan kl-karak. lepas terowong tu sangat bahaya. yg lain ok.

lagi satu naik bas ni, untung2 dpt duduk sebelah marka. boleh cite2. taklah jemu. betul tak?

MPMN,
Kalau pilih syarikat bas yang terkenal, pemandunya berhemah dan keselamatan terjamin.
Bab duduk sebelah marka tu, tak merasa kerana ambil seat yang single. So peluang tu memang tak ada langsung kerana itu bukan objektif utama.