Friday, October 16, 2009

Jadual Hujung Minggu

Hujung minggu ini aku cuba memenuhi jadual dan program untuk keluarga aku sendiri dengan hasrat dan harapan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan kita menjadi penghalang kepada mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan adalah wajib bagi kita mencari kesesuaian masa bagi menjalinkannya.

Kepada semua kenalan, rakan dan staf semua diucapkan selamat berhujung minggu dan sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja berada terutamanya sewaktu di jalan raya.

16 Oktober 2009 (Jumaat)
- Bertolak ke Kuantan
- Bercadang menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur
- Bermalam di Kuantan

17 Oktober 2009 (Sabtu)
- Juadah pagi - mesti cari nasi dagang di Tanjung Api
- Meraikan Hari Lahir Along
- Menjejak kasih di Kuantan
- Menikmati juadah pantai timur - mesti cari otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar, keropok lekor dan lain-lain
- Bertolak balik ke Rompin
- Kenduri doa selamat selepas Isyak

18 Oktober 2009 (Ahad)
- Jamuan Rumah Terbuka adik aku
- Petang bertolak balik ke Kajang

6 komen:

jumpa kita kat kedai usop roti canai...

faris, hepi depavali..

" தமிழ் மொழியை சுவாசிக்கும் மலேசியப் படைப்பாளர்களே, பன்மொழியும் பல்லின மக்களும் வாழும் மலேசிய நாட்டில், தமிழ் மொழிக்காக தொண்டாற்றிய பேரருளார்களை இளைய தலைமுறையினர் மட்டுமல்லாது உலகமெங்கும் வாழும் தமிழ் மக்கள் அறிந்து கொள்ள இந்த அகப்பக்கம் நீண்ட யாத்திரை மேற்கொண்டுள்ளது."

....hehehe!!!

YBS,
Sejak bila ko belajar bahasa tambahan? Baguslah kalau ko dah boleh membaca dan menulis bagi kelas KIA2M. He he he...

Faris, kami GB Melaka dah dapat confirm lantikan DGA38 .Surat lantikan itu mulai 1 Februari 2009.Pada pendapat U perlukah ambil PTK 38 atau tunggu saja tawaran DG41 nanti.Apa pendapat U.atau ada kontek sumber2 untuk beri pendapat.

Noris,
Pendapat saya mesti syarat pengesahan DGA38 tu mesti lulus PTK, betul tak? Kalau itu syaratnya, confirmation tu bersyarat dan kalau tak ada PTK nanti pemindahan perkiraan gaji tak dapat ikut yang DGA38 dan akan ikut DGA34. So, lebih baik pergi juga PTK DGA38 tu. TQ.