Tuesday, October 20, 2009

Album Hujung Minggu

Hari Ahad merupakan hari terbuka hari raya rumah adik aku di kampungku. Memang agak ramai tetamu jemputannya sehingga melebihi 500 orang dan dah jadi macam kenduri kahwin pulak. Beberapa tetamu jemputan aku turut hadir dan diantaranya ialah saudara Yusof dan Ismail.

Cikgu Yusof, Aku dan Cikgu Ismail

Sudah menjadi kebiasaan dan rutin apabila aku balik ke Kuantan tempat makan yang dituju adalah medan ikan bakar di Tanjung Lumpur dan lokasinya ialah Kedai Ana Ikan Bakar Petai. Namun begitu ada beberapa menu tidak dapat diadakan kerana ketiadaan bahan mentahnya. Di antara beberapa menu pilihan kami ialah :

Ikan Aji Bakar Petai


Ikan Kerapu Masak 3 Rasa


Sotong Goreng Tepung

4 komen:

makan, makan dan makan lagi.... makan ler sebelum anda dimakan! hehehe betul ke statement tuh?

cakap jgn ikut sedap mulut dan makan pun jgn ikut beso perut....hahaha

ko tak respon pun komen aku ye....huhuhu

Beso mulut @ Kecik hati,
Maaflah kalau sampai terkecil hati. Kadang kala sukar nak respon pada mereka yang tidak memberi identiti sebenar. Tapi... rasanya tahu siapa dia. He he he....

eleh bkn nye aku nak nyorok pun, bila ko letak cursor kat nickname tu ko tahu ler sapa dia, saja jer aku buat mcm tu, kira mcm tag line ler jugak....hehehe