Alhamdulillah kerana hari ini aku telah menamatkan paper terakhir exam. Paper hari ini adalah kepimpinan pendidikan dan aku berpuas hati menjawab walaupun masa tidak mencukupi dan jawapan aku masih tidak sempurna lantaran terlalu banyak idea yang nak dititipkan.
Namun begitu aku tidak berpuas hati sewaktu menjawab paper kaedah penyelidikan kerana aku hilang konsentrasi dan banyak point penting aku tak dapat ingat kerana disebabkan kesibukan berkursus, menyiapkan tugasan dan pelbagai lagi. Harapan aku supaya ianya dapat memuaskan hati pensyarah.
Kini aku tenang dari kesibukan belajar dan merdeka buat sementara waktu. Dalam diam rupanya aku telahpun berjaya menamatkan satu semester dan berdebar menantikan keputusannya. Aku akan bergelumang semula pada bulan Disember nanti. Rasanya aku ingin berehat dari keletihan belajar sehingga memulakan semester kedua nanti.
Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Yusof kerana sudi bertemu dengan aku di UPSI, sama2 bermalam dan sama2 bersarapan pagi. Disinilah kenalan2 semakin bertambah walaupun berlainan bidang. Nasi lemak sambal kerang di gerai ni best wow..... Betul tak Sof.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
5 komen:
Salam Faris, .aku nak tolong pun tak reti juga lah faris. Cuma sebagai kawan aku nak bagi ko semangat.Berjuang dan terus berjuang.
Salam Anas,
Terima kasih di atas sokongan semangat tu. Insya-Allah perjuangan akan tetap diteruskan.
faris
gambar kau tidor belum kuar lagi tu..
kau kuat kan semangat kau dan kuat kan jugak semangat anak buah... penghulu masters...
tahniah faris krn telah berjaya melepasi semester pertama!!!
KK,
Gambar aku tido tu, ko simpan aje sebg koleksi ko. he he he....
Penyokong kau,
TK atas ucapan tahniah tersebut. Bila ko nak join sama????
Post a Comment