Aku sekeluarga terpaksa memendekkan cuti Hari Raya Aidil Adha dan pulang dengan segera pagi tadi ke Kajang. Ini disebabkan aku mendapat panggilan telefon bahawa pejabat sekolah aku telah dipecah dan dirompak. Difahamkan bahawa pengawal keselamatan telah dipukul dan diikat pada jam 3.30 pagi serta mengalami kecederaan. Bersama-samanya adalah pengawal keselamatan dari sekolah menengah bersebelahan yang dibawa ke sekolah aku. Bilik aku, bilik penolong kanan dan setiap laci dan kabinet pejabat telah dipecahkan.
Setelah diteliti, sebuah laptop Apple telah diambil dari bilik aku dan peti besi telah dipecahkan dimana sebahagian wang tunai yang tersimpan didalamnya telah diambil. Amaunnya agak lumayan juga. Menurut pengawal keselamatan seramai 5 orang (India) telah melakukan rompakan tersebut. Botol air minuman dan meja aku dibasahi oleh air minuman tersebut kerana pastinya mereka berseronok ketika melakukan rompakan.
Buat rakan2 sekalian, berhati2lah kerana sewaktu cuti sekolah kegiatan rompakan ini mungkin berleluasa. Nasib baik makmal komputer sekolah tidak dipecah kerana aku rasa perompak itu berpuashati dengan hasil wang tunai dalam peti besi tu. Di antara beberapa gambar yang sempat aku ambil sebaik sahaja tiba dari kampung jam 1.00 petang.
Gunting yang digunakan (masih baru dibeli kerana tanda harga masih ada)
Keadaan dalam bilik aku yang telah digeledah
Peti besi yang telah dikeluarkan, ditebuk dari bahagian belakang.
Dalam menghadapi situasi ini, timbul beberapa persoalan dalam fikiran aku yang tak perlu aku nyatakan yang mungkin boleh difikirkan bersama.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
15 komen:
Amboi nampak nekad juga perompak tu ye Faris... peti besi antik pun berjaya di pecahnya ye! Seram juga i melihatnya. Kebetulan i baru je balik dari sekolah, mengintai2 sek dan masuk pej i jap nak ambil fail prestasi.. ingat nak siapkan esok.
Masa sampai gate tutup tapi tak kunci dan jaga tak ade di post, mulalah nak marah ni...tapi sempat berfikir rational skit... betullah dia sedang ronda but i tegur gak dia nape biar pintu tak kunci.
Tapi kan faris kalau berkunci dan dan jaga ade pun kalau nak jadi.. jadi gak kan??
Any way.. selesaikan reports semua Faris. Kita sibuk beraya korban... dia orang pula sibuk buat korban gila!!
Penat macam ni. Tapi sabar jelah.
bersabor jer la faris, jgn lupa siapkan laporan 137....
masyaallah! so macammane polis dapat settle tak? SKJ dulu pernah 2x pejabat digeledah mcmtu. 1 laptop peribadi kepunyaan cc hilang n duit dlm peti besi jgk. Tapi lepas gitu tak dapat diselesaikan oleh pihak polis...tapi kita berdoalah semoga polis dapat kesan supaya org lain tak ditimpa nasib yang sama..
aku pun kena ambil langkah jugak...lebih lebih lagi musim banjir skeolah aku mungkin akan ada tetamu siang dan malam....bila sekolah pun dah jadi sasaran? masjid pun dah kena, entah dimana lagi tempat yang selamat sekarang ni?
faris...kau kena pendekkan cuti kau tu....
Ita,
Memang perompak2 ni nekad. Jaga pun dibelasahnya. Walau seketat dan serapi mana sistem keselamatan, mereka tetap berjaya kerana mereka ini orang2 yang kreatif dan inovatif tetapi digunakan ke arah jalan yang salah.
Malam tu jaga sorang aje dari maklumat yang I dapat ttpi pihak keselamatan kata 2 orang. Ini bagi mengelakkan pihaknya dipersalahkan. I tak sempat nak fikirkan lagi kerana yang penting laporan polis telah dibuat. Esok hingga Rabu nak ke UPSI pula untuk Research Training Programme.
Kalau ke sekolah sendirian, U perlu lebih berhati2 terutama jika sekolah kita itu jauh dari pandangan orang. U kena hati2 Ita kerana di Selangor dan KL ni, dah jadi macam satu rutin perompak2 ni masuk pejabat sekolah.
Aida,
Kalau diikutkan penat, memanglah penat. Lepas satu selesai, satu lagi masalah datang. Pendek kata masalah tidak akan putus dalam kita menguruskan organisasi. U pun kena berhati2 untuk keselamatan sekolah U. TQ.
YBS,
Memang langkah itu telah diikuti. Seawal berita diterima, laporan lisan melalui telefon ke PPD telah dibuat. Bukannya apa, bimbang keluar dalam surat khabar pulak.
Cikgu Rosnah,
Setakat ni polis tak boleh settlekan kerana tiada sebarang cap jari dapat dikesan. Mungkin mereka ini pakai sarung tangan.
Sebelum ini, sekolah menengah yang bersebelahan pagar telah dipecah masuk pada hari Khamis iaitu sehari sebelum Hari Raya Haji. Ketika pecah masuk ke sekolah saya, dia telah menangkap juga pengawal keselamatan sekolah menengah dan dibawa ke sekolah saya juga. Mungkin dia mahu mengelakkan daripada salah seorang pengawal sekolah buat panggilan kepada polis.
Memang sepatutnya polis perlu mengambil tindakan yang lebih serius kerana dah jadi macam satu wabak di sekolah2 sekitar Selangor dan KL.
KK,
Memang langkah berjaga2 perlu kita ambil. Semoga cerita aku ni menjadi ikhtibar kepada rakan2 lain.
Memang aku pendekkan cuti aku tu Sof. Raya pertama selepas Jumaat aku ke Kluang dulu (nasib baik pergi awal kerana rancangan asal pada hari Sabtu). Ingatkan hari Sabtu tu selepas selesai ibadat korban aku, nak juga duduk sembang2 dengan kau tapi apakan daya. Korban tak sempat dan jumpa ko pun tak sempat. Terus aje aku balik ke Kajang pada Sabtu pagi tu.
Selepas selesai, petang semalam aku terus ke Melaka pula untuk ziarah mak mertua aku. Hari ini 2 jemputan kahwin terpaksa ditunaikan (seorang guru aku dan seorang anak guru aku).
Sof, penat jugak aku tiga empat hari ni kerana esok pagi nak ke Tg Malim pulak sampai Rabu. Khamis dah start part time lecturer aku di IPG Islam. Kalau ko datang Kajang ajelah nanti ko call aku. TQ.
aik..sekolah pon nk rompak..nk curi buku teks ke aper
Assalamualaikum. Tahniah Faris atas ketabahan & tindakan pantas anda yg telah diambil. Apapun laporan tentang kejadian dan urutan peristiwa bersekali dgn peranan / seliaan pihak syarikat kawalan keselamatan tu sgt penting. Jika sesuai nampaknya sek anda tu eloklah dipasangkan sistem CCTV....dan link alarm ke balai polis berdekatan. Pihak PIBG mungkin boleh bantu....Apa pun tahniah....ada banyak Hikmahnya tu. Entah2 diaorg 'Malaun' tu dah ricky dan target dah lama dah. Segala pergerakan pak gat & GB telah diketahuinya. Sabar ajelah. Tk atas maklumat utk iktibar & pengajaran kita semua....selamat meneruskan sesi pengajian Semester 2 di UPSI. Tk Wassalam
Pn Suliana,
Perompak sekarang ni tak pilih tempat. Apa saja yang boleh, dia akan rompak. Bukan buku teks, tapi barang2 berharga seperti laptop dan wang tunai dalam peti besi. Kesan ekonomi yang gawat agaknya.
Waalaikumsalam AMA,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sekolah kau pun kena berhati-hati dan ambil langkah berjaga2 lebih awal. Terima kasih atas pandangan dan nasihat. TQ.
Post a Comment