Friday, November 13, 2009

Kualiti

Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu yang dipandang baik. Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil, sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya. Begitu juga dalam penawaran perkhidmatan. Perkhidmatan yang berkualiti bermaksud mendengar, memberi respons dan melakukan sebarang bentuk usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggalah pelanggan benar-benar berpuas hati. Tujuannya juga masih sama iaitu memperolehi keuntungan menerusi kepuasan pelanggan. Manakala pekerja yang berkualiti pula dikaitkan dengan tingkat produktiviti yang tinggi sehingga dapat membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan yang menjadi matlamat institusi dan syarikat. Persoalannya, apakah pengukuran kualiti sedemikian benar-benar mencukupi untuk menjadikan sesuatu produk, perkhidmatan bahkan kakitangan sebagai yang terbaik, cemerlang dan unggul.

14 prinsip pengurusan kualiti menurut Deming

1. Mewujudkan azam ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan
2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan
3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end-process
4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal
5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti
6. Mengadakan kaedah latihan moden untuk melahirkan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran
7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja
8. Memberi galakan kepada pekerja supaya berinovatif dan produktif
9. Mengatasi halangan komunikasi di antara jabatan
10. Memansuhkan matlamat berangka untuk tenaga kerja
11. Menghapuskan piawai kerja dan kuota
12. Mengalihkan rintangan yang menghalang pekerja bekerja mengikut masa
13. Mewujudkan program pendidikan dan latihan untuk pekerja secara berterusan
14. Mencipta struktur pengurusan atasan yang berupaya merealisasi kesemua 13 prinsip di atas di dalam organisasi

5 komen:

Ris, sejak kau ambik master ni idea dan penulisan kau dah menjangkau jauh kehadapan.sarat dengan idea yg penuh keprofesionalisme.dan input yg berguna untuk kita semua.itulah kebaikan ambik master lagi. tahniah.

Jon,
Itu adalah sebahagian daripada bahan2 kuliah master saya. Apa yang boleh dikongsi, insya-Allah saya akan berkongsi dengan rakan2 yang sudi. kalau tak sudi, biarkan aje.
Bila nak sambung juga Jon??? Tengku dan Hassan dah sambung, join aje dia orang tu.

haah jon, kalau ko rasa tak panjang lg ko sambung ler, hehehe

aku buat masa ni tak sanggup nak sambung....!

cop , aku masih ori.tak perlu sambung hehehe
Cop & faris...buat masa ni tak rasa nak sambung lg...

Cop dan Jon,
pembelajaran sepanjang hayat. belajar apa sahaja kerana yang penting terus belajar dan timba seberapa banyak ilmu sama ada dunia atau akhirat. selamat belajar.