10/11/2009 5:10pm
KUALA LUMPUR 10 Nov. — Keseronokan 12 murid yang menunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermain di kawasan lombong tinggal di Bandar Teknologi Kajang Utama, dekat sini, petang semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas hari ini.
Muhammad Abdul Rauf Mohd Riduan, 12, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bersama 11 lagi rakan sebayanya pergi ke lombong berkenaan yang jaraknya hanya satu kilometer dari jalan utama pada kira-kira 3 petang.
Ketika mereka leka bermain tiba-tiba mangsa tergelincir ke dalam lombong berkenaan sebelum seorang rakan cuba membantu namun gagal.
Akibat ketakutan dengan kejadian itu kesemua rakan mangsa terus pulang ke rumah tanpa memberitahu keluarga mengenai kejadian itu sehingga bapa mangsa, Mohd Riduan Md Top, 37, mencari anaknya di rumah rakan-rakan anaknya itu selepas dia tidak pulang ke rumah.
Mohd Riduan berkata kawan-kawan mangsa enggan menceritakan perkara sebenar namun setelah didesak keluarga, seorang daripada mereka memberitahu mangsa terjatuh ke dalam lombong berdekatan. - Bernama
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
10 komen:
al-fatihah....moga rohnya dicucuri rahmat...AMIN
semoga dicucuri rahmat oleh Allah akan ruhnya...faris , tu sekolah kau tu...alaa kesiannya..
Al-Fatihah.semoga dicucuri rahmat.Petang tadi selepas ambil Wani dari airport, aku ke bilik ICU melawat orang kampung aku yang sedang tenat.Sempat juga aku bacakan Yassin.
Anony,
Semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang soleh.
KK,
memang pun murid sekolah aku. malam semalam smpi pukul 1 pagi juga di tempat operasi. PPD pun dh dtg dptkn maklumat pagi tadi sbb aku dh tel timbalan PPD malam semalam juga (PPD pergi Haji).
Anas,
Kita yang sihat ni kenalah sentiasa beringat. Nikmat Allah boleh ditarik pada bila2 masa.
saban tahun ada saja budak sekolah mati lemas. kebanyakannya bangsa Melayu. Selain dari ajal, aku rasa kemahiran berenang tidak ada pd budak Melayu. Sebab itu Nabi suruh ajar anak kita berenang. Kalau KPM adakan kolam renang bagi setiap daerah atau zon, boleh juga bdk2 sek ni dilatih berenang. Mungkin suatu hari nanti Malaysia akan melahirkan perenang yg terkemuka di dunia
takziah buat keluarga tersebut....
MPMN,
Satu idea yang baik. Boleh diusulkan menerusi MGB.
YBS,
Dah sembuh ke? Masih cuti lagi kan? Sokongan pihak sekolah terhadap keluarga mangsa telah saya sempurnakan.
Post a Comment