Aku mengorak langkah lebih awal seperti tahun lepas. Pertemuan dengan ibu bapa tahun 5 atau tahun 6 bagi sesi 2010 mendapat sambutan hebat dari ibu bapa dengan kehadiran mencecah hampir 90%. Ini menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan anak2 mereka terus berjaya.
Aku mulakan dengan motivasi keibubapaan dengan mengundang Prof Dato' Dr Hajah Zamilah Hj Husain yang bercakap tentang peranan ibu bapa muslim dan perubatan dalam Islam yang boleh membantu diri sendiri dan anak2 serta pentingnya pemakanan yang halal dan sempurna.
Perbincangan tentang program2 yang akan dijalankan telah diperbincangkan dengan begitu jelas berserta dengan anggaran bayaran yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa kerana ini akan digunakan bagi mendapat kelulusan dalam mesyuarat agong PIBG pada awal Februari lagi. Harapannya bila dah ada persetujuan, program seawal Januari boleh dilaksanakan seberapa segera.
Akhirnya mereka diberi keputusan peperiksaan akhir tahun anak2 mereka dan boleh bertanya tentang pencapaian akhir tahun anak mereka dengan guru-guru terlibat. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru aku yang sebahagian mereka tidak berehat pada minggu ini disebabkan program ini dan semalam pula menghadiri mesyuarat guru akhir tahun. Apa yang penting TOGETHER, WE CAN DO IT.
Terima kasih.
Templete Buku Log peribadi Pandu Puteri Tunas.
5 years ago
8 komen:
tahniah bro...lu memang best...aku cuti blogging sekejab...nanti sambung
ye faris, kebersamaan dan kesungguhan dlm melaksanakan sesuatu program menjanjikan kejayaan yg pasti....
KK,
Berhenti blogging sekejap??? Macam ada janji dengan seseorang aje. He he he.... jgn mare Sof...
YBS,
Kesungguhan dan kebersamaan adalah nadi utama sesuatu organisasi Cop.
tahniah faris....ibubapa sekarang semakin celik pendidikan.
alhamdulillah..syukur smuanya bjalan dgn lancar....
Great post, thank you.
Thiis was a lovely blog post
Post a Comment