Wednesday, November 25, 2009

Kejayaan Bermula Dengan Kegagalan

"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."
~ Joseph Conrad

Tidak terlewat jika kita berjaya di peringkat usia yang lanjut kerana selagi masih bernyawa, usaha perlu diteruskan, semangat juang perlu ditingkatkan dan jangan sekali-kali kenal erti putus asa atau mengalah terlalu awal.
Alasan usia telah lanjut atau masalah kewangan atau masalah kesihatan dan lain-lain lagi bukanlah suatu alasan yang kuat kerana ia lebih merupakan satu pelarian dari kenyataan.

Buat rakan-rakanku, teruskan semangat juang. Bangkitkan rasa ingin terus bersaing.

Buat diriku, selagi ada kudrat dan selagi ada kemampuan, segala perjuangan akan tetap diteruskan.

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

12 komen:

aku makin bersemangat bila baca ni...tq tq

Jon,
Terus dan kuatkan semangat walaupun berada di Pulau Redang. Dah sampai ke Tanah Besar ye sekarang. Mesti cuti lama ni kerana Aidil Adha. Selamat Hari Raya Jon.

Faris,. saya setuju benar pendapat ni. Dulu saya pernah aktif dalam MLM, dan banyak yang saya belajar tentang motivasi seperti ini. Sebab itulah sektor swasta lebih maju daripada kjaan, mereka melihat cabaran sebagai satu peluang mencapai kejayaan yang lebih baik.

Che Hassan,
Anjakan paradigma yang melibatkan mentaliti amat perlu dalam diri kita. Barulah kita tidak akan selama2nya ketinggalan dalam semua bidang dan bergerak selari dengan kemajuan negara, antarabangsa dan seiring dengan perkembangan masa.
Dah siap segala persiapan pendaftaran nanti?

kesungguhan teras kejayaan

alasan hanya ada pd org yg lemah

aku doakan ko terus berjaya cemerlang dlm pelajaran faris.... dan buat diri aku banyak jugak aspek lain yg tlh ketinggalan dan memerlukan aku memberi tumpuan!

moga kita semua terus bersemangat dlm menjayakan apa jua bidang yg diceburi!

MPMN,
Betul tu.kesungguhan amat perlu untuk mencapai kejayaan. Orang yang lemah akan sentiasa memberi seribu satu alasan bagi mengelakkan kesalahan diletak kepada dirinya.

Cop,
TK bebanyak kerana mencoakan kejayaan aku. Aku juga doakan ko berjaya dalam apa yang ko cita2kan. Semangat kental perlu sentiasa wujud dalam diri kita Cop.

InsyaAllah Faris, 12 Dec ni saya akan daftar. Harap u dapat membantu bila dah mula kelas nanti. Terima kasih.

tahniah san. belum terlewat tu..jangan pandang ke belakang lagi..

Betul cikgu faris..Dulu awal remaja saya pernah menjejak kaki ke menara gading. Tapi dek kerana beberapa masalah saya berundur.Namun dihati saya tersimpan harapan dan cita2 mengunung. Hari ini saya cuba merealisasi impian saya. sesungguhnya umur bukan penghalang. Insyaallah impian saya menjadi kenyataan.Semangat dan visi kita yang utama.

Cikgu Rosnah,
Semoga berjaya dengan impian dan cita2. Segala cita2 mesti dikotakan sekarang ni, bukan sahaja kata2 mesti dikota. Semangat sentiasa kuat setakat ini.