Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t di atas kurniaannya kerana kejayaan murid-murid ku di dalam peperiksaan UPSR 2009. Peningkatan telah berlaku bagi murid yang dapat 5A dan peratus lulus keseluruhan. Tidak lupa terima kasih kepada semua guru-guru sekolah aku yang telah bertungkus lumus mengajar, mendidik dan membimbing mereka dan terutamanya guru-guru Tahun 6.
Berikut adalah keputusan UPSR sekolah aku untuk dikongsi bersama.
Bilangan 5A
2007 - 12 orang
2008 - 37 orang
2009 - 40 orang
Peratus Lulus
2007 - 73.2
2008 - 85.15
2009 - 86.83
Peratus Mata Pelajaran
BM Penulisan - 96.1%
BM Pemahaman - 97.1%
BI - 95.1%
Matematik - 94.6%
Sains - 91.2%
Semoga sekolah2 rakan juga menunjukkan peningkatan keputusan terutama Guru Besar Cemerlang supaya menjadi contoh dan teladan serta boleh dijadikan benchmark. Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
26 komen:
tahniah faris, moga terus meningkat!
Tinggi tu! Tahniah!
YBS,
Terima kasih Cop. Setakat ni dah 4 tahun berturut2 meningkat.
Aida,
Terima kasih juga. Tahun lepas dah dapat lonjakan saujana. Jadi tahun ni peningkatan tak seberapa banyak. Bagaimana dengan sekolah U? mesti meningkat juga. Apapun tahniah juga dari saya untuk sekolah U.
tahsiah untuk semua warga sekolah kau ris..
tahniah cikgu faris...keep it up
KK,
Terima kasih. Yang penting ada peningkatan dan tahniah juga kepada ko.
Yati,
Terima kasih. Usaha memang sentiasa berterusan.
tahniah..,tinggi tu..
tahniah..,tinggi tu..
Rosnah,
TQ. Tinggi memang tinggi. Susahnya bila nak maintain setiap tahun. SK Janglau macam mana? Berapa peratus kelulusannya? Berapa orang 5A?
TAHNIAH FARIS...
itulah diantara balasan kau banyak nolong kawan2, tak lokek ilmu, cepat kasi info..
Jon,
Terima kasih. Pertolongan ikhlas aje. Buat apa nak lokek. Ilmu tu kan hak Allah, jadi kita kongsi ajelah.
Tahniah Faris dan guru2. GB yang hebat akan menjadikan sekolah hebat.
Che Hassan,
Terima kasih. Kejayaan adalah hasil penggembelingan semua sumber yang ada di sekolah.
Assalamualaikum.
Tahniah Faris... sek ko dpt menaik dah 4 th berturut2. Betul nak maintain lagi sukar drp nak mendptkannya. Sek aku bertugas iaitu SKSB juga agak baik keputusannya.Alhamdulillah usaha guru2, murid2 dan ibu bapa nampaknya membuahkan hasil.Peratus lulus menaik drp 86.5 kpd 87.78 dan 5A drp 76 org kpd 89 org. 2010 murid Th 6 berjumlah 535 org. Utk selesa di kelompok top 10 Negeri mahupun Ksaan 30% drp calon utk dpt 5A = 160 org. Cgu2 sek aku tu dah kecut perut. 89 org 5A th ni tu baru 19.26% drp 462 calon.Apa pun dicubalah apa jua prog/akt yg sesuai utk murid2 kita. Sek saya dah mula kelas bimbingan Th 1 & Th 6 mulai 1 Dis ni (parens yg minta-PIBG setuju aje....kenalah buat.Alhamdulillah ada guru2 yg nak berkhidmat pada waktu cuti sek).Ko Faris acah2 rakan2GB Cemerlang....gelabah juga dibuatnya. Dahlah isu GB baru...takut dan risau jugak....Apa pun terima kasih banyak pd ko & rakan2. Tahniah juga buat ko dan rakan2 lain. Kita teruskan usaha murni kita utk meningkatkan prestasi sek masing2. Untung2 tersenarai sek berprestasi tinggi pulak siapa tau....tk.
Tahniah cikgu Aziz. Tabik sebab dapat mengurus sekolah besar; bukan kerja mudah. Semoga terus cemerlang pada masa depan. Apa komen pengarah?
Aziz,
Kalau dari segi peratus 5A, sekolah saya mencapai 19.61%. Apa yang cuba dilakukan untuk tahun 2010 ialah melebihi 20%. Kalau nak capai 30% tu, program kena gila2 dan sokongan padu ibu bapa amat penting.
Tahniah kerana dah mula program mulai Disember ini. Saya akan bermula Januari nanti. Apapun tahniah di atas kejayaan SKSB dan semoga hasrat tahun 2010 akan tercapai sepenuhnya seperti yang dihasratkan.
Faris,
Congratulations. I wonder if my e-mail reaches you.
Pakcik
salam al manar..tn hj hasan. saya sangat2 terharu usaha yg dibuat oleh tn hj utk budak2 sekitar batu rakit dan telipot.seorg yang x pernah duduk dlm pendidikan tp membantu pendidikan ank2.hebat.saya pernah menjemput tn hj hasan ke sekolah saya.utk beri pandangan dari sudut org luar pendidikan...terima kasih.
jon,
Saya ingat sangat cikgu. Selepas ambil kursus tambahan, cikgu hilang. Kalau boleh sila hubungi saya almanar@pd.jaring.my. Saya ingin berhubung dengan cikgu. Salaam kepada cikgu dan Faris.
Salam & Tk rakan2. Selamat hari raya qurban.....bermuhasabah dirilah kita ke arah yang lebih baik & diredhaiNya. InsyaAllah. Cgu Aida tk kembali...Pengarah kita kan memang kecewa result th ni.Nasib kami agak baik juga di Petaling Perdana masih maintain daerah 1st di Sgor iaitu 73.15%. Hulu langat ke 2, dan seterus nya...Ttg sek SKSB ni- tak taulah masih di kelompaok belas-belas shj kedudukan di daerah. Sek yg prestasi 90% ke atas ada 11 buah. Kualiti 5A agak steady shj, naik sikit. Sekolah Cgu Aida pula mcmna ok jugak kan. Tahniah atas usaha semua guru, murid & ibu bapa serta PIBG sekolah. Terima kasih. Wslm.
ziz dan faris. kau kena masukkan dlm blog macamane pelaksanaan program yg meningkatkan prestasi upsr sekolah kau orang tu.. dpt share sama..
This is a topic that's near to my heart... Best wishes! Where are your contact details though?
Feel free to visit my homepage ... nike Air Max
This is my first time visit at here and i am truly happy to read all at
alone place.
Feel free to visit my homepage; More Help
Post a Comment