Sebaik sahaja selesai sarapan pagi, aku menonton TV sementara menunggu mesyuarat yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi dan terdengar ruangan agama di TV9 yang membicarakan tentang kepentingan makanan halal dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.
Firman Allah :
" Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (al-maaidah: 88)
Rasullullah bersabda :
" Yang halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas, tetapi diantara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi (Riwayat: Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan firman Allah dan sabda Rasullullah jelas menunjukkan bahawa kepentingan makanan halal kepada orang islam. Perkara yang syubhah (ragu-ragu) haruslah dijauhi.
Beberapa petikan dari blog yang aku lawati turut memperkatakan tentang makanan halal ini.
“Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS Al Baqarah: 168)
Allah swt, Yang Memiliki apa-apa yang ada di langit dan di bumi, telah menciptakan makanan-makanan bagi manusia dan telah memisahkan yang halal dan haram daripada makanan-makanan tersebut. Dia-lah yang telah menentukan apa yang baik dan yang buruk bagi manusia. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw pernah bersabda,
“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (HR Muslim)
Antara isi-isi penting dari pendengaran aku ialah :
1. Kepentingan makanan halal yang membentuk jiwa dan minda kita serta anak2.
2. Kepentingan mengetahui asal usul bahan mentah untuk dimakan sama ada dibeli sendiri atau disediakan oleh pembekal makanan.
3. Kepentingan menyediakan makanan halal dari rezeki yang halal.
Terdapat pelbagai lagi yang dibicarakan dan diharap dengan sedikit perkongsian ini akan memberi manfaat kepada diri aku dan rakan2 pembaca.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
semoga kita sentiasa berhati2 dlm keje buat kite...
Jon,
Betul tu walau pun dalam hukum kata ada kekecualian apabila darurat. Takkan nk sengajakan perkara dan benda tu darurat kan?
darurat ni apabila dah tak de jalan lain dah. kalau tak buat mungkin mengakibatkan keselamatan, dsb ..
Post a Comment