Aku menemani isteri untuk mengambil jadual dan modul bagi mengajar guru2 LPBS dan jQaf yang berkursus semasa cuti sekolah ini. Oleh kerana kekurangan tenaga pengajar, aku dipelawa sama untuk menjadi pensyarah sambilan tersebut. Aku tidak mahu terlibat kerana terpaksa bertugas seperti biasa sewaktu cuti ni. Oleh kerana kuliah akan bermula hari esok dan kesukaran mencari pengganti atau mengisi kekosongan maka secara rela aku terpaksa akur. Secara tidak langsung akan bermulalah tugasan sambilan sebagai pensyarah sambilan di Institut Perguruan Islam, Bangi. Aku tidak mahu jumlah jam yagn banyak kerana komitmen terhadap tugas hakiki amat penting.Apa yang memudahkan bidang yang diberi adalah tentang pengurusan diri yang meliputi aspek2 dasar pendidikan, penampilan diri, perubahan dan lain-lain lagi...