Kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud:
"Mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah."
Bertitik-tolak daripada inilah, kita berkewajipan untuk terus memelihara akal kita dengan ilmu dan pengetahuan. Sebagai hamba Allah, kita tidak seharusnya berhenti melakukannya selagi masih bernafas dan menyedut udara segar kurniaan Allah..
Dalam memperkatakan soal ilmu, tidak dapat dinafikan bahawa orang berilmu mampu menguasai sesuatu malah manusia lain yang kurang ilmunya atau tidak berilmu. Orang berilmu dalam sesuatu bidang, tidak akan bersusah payah untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya berbanding orang lain yang tidak berilmu.
Bagi orang yang beriman, semakin tinggi ilmu diperolehi akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri. Ia menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin taat kepada Tuhannya. Inilah darjat yang dimiliki oleh ilmuwan Islam atau lebih tepat lagi disebut ulama.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah di kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berilmu)." (Surah al-Fathir: 28)
Daripada maksud ayat itu, dapat kita fahami bahawa ketaatan manusia kepada sesuatu perkara adalah berasaskan kepada kefahaman dan penghayatannya kepada perkara tersebut. Dan ketaatan serta penghayatan tersebut tidak dapat diperolehi melainkan dia berilmu.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
3 komen:
mmg betul org yg berilmu mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dgn org yg tak berilmu.tapi ingat ,ilmu mesti diamalkan,ilmu tanpa diamalkan ibarat bunga kembang tak jadi.ilmu juga jangan salah diamalkan kalu salah akan membawa akibat yg buruk.
Emzex,
Betul tu, ilmu yg tak diamalkan akan terus berkarat. Kepada rakan2 lain, ilmu yang dipelajari tu, praktikkan dalam pengurusan masing2.
شركة تنظيف بالطائف
شركة مكافحة الحمام بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالرياض
شركة تعقيم بالدمام
Post a Comment