Tuesday, May 19, 2009

Mesyuarat Hari Guru Daerah

Esok (20 Mei 2009) aku terlibat dengan mesyuarat bilangan 3 Hari Guru Daerah Hulu Langat yang akan diadakan pada 26 Mei 2009. Mesyuarat bilangan 2 aku tidak hadir kerana tidak menerima surat panggilan. Bukan aku saja tidak terima surat tetapi ada beberapa orang lagi. Bukannya salah aku tetapi urus setia yang bertanggungjawab. Surat panggilan kali ini agak awal dan aku telah masukkan dalam diari aku awal2 lagi. Nampaknya seharian aku tak berada di sekolah esok.
Perayaan hari guru peringkat negeri akan diadakan pada 28 Mei 2009 dan seterusnya hari guru peringkat sekolah aku akan diadakan pada 29 mei 2009 iaitu hari terakhir persekolahan dengan semua murid akan hadir sesi pagi. Sebenarnya sudah dua tahun berturut2 sejak aku di sekolah ini tidak dapat merayakan sambutan hari guru peringkat sekolah kerana kebetulan berada di Tanjung Malim. Setelah sekian lama meninggalkan sekolah (12 tahun), inilah kali pertama aku menyambutnya di sekolah semula.
Semoga ianya meriah dan menyeronokkan. TK.

0 komen: