Aku diarahkan untuk menghadiri Majlis Profesionalisme pada hari ini yang merangkumi ucaptama KPPM dan bicara eksekutif bersama 3 TKPPM. Ucaptama KPPM menyentuh konsep Satu Malaysia dan kaitannya dengan agenda pendidikan. Konsep Satu Malaysia yang menekankan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan digarap dengan agenda pendidikan yang memberi fokus kepada infrastruktur, guru, murid, PIPP dan Transformasi Kurikulum. Sebenarnya tiada apa yang baru cuma penekanan diberi kepada slogan.
Sesi petang pula melibatkan bicara eksekutif yang menampilkan ketiga2 Timbalan KPPM yang menggariskan dasar pendidikan semasa oleh Dr. Haili Dolhan, self leadership oleh Dato Hajah Noorezan yang memberi penekanan kepada empowerment by trust dan Kualiti Guru oleh Datin Asariah yang menekankan konsep kualiti guru dengan pewujudan Standard Guru Malaysia. Soalan yang tak terjawab adalah SGM ini bakal menggantikan Etika Profesion Keguruan??? Masalah guru2 yang tidak berkualiti pastinya berkait rapat dengan senario perkembangan semasa dalam bidang pendidikan.
Pada pandangan saya kualiti guru rendah disebabkan wujudkan time-based dimana guru2 berada di zon selesa. Jika dahulu guru2 terpaksa bertungkus lumus menunjukkan prestasi kerja yang baik bagi mendapatkan kenaikan pangkat tetapi kini tidak lagi. Ada segelintir guru yang selesa tunggu time-based, tak payah kerja teruk, tak payah dibebani dgn tanggungjawab, sampai masa aku naik gred.... sama taraf pula dengan Penolong Kanan. Tak payah buat kerja rajin2, ambil PTK dan lulus boleh dapat anjakan gaji. Ditambah pula dengan banyaknya kompromi oleh semua peringkat atasan dengan keluhan guru menyebabkan mereka menyatakan bahawa pentadbir di peringkat sekolah, PPD dan JPN sudah tiada taring lagi. Adakah persepsi ini benar????? Walaupun tidak dinafikan sebilangan guru yang benar2 komited dengan tugas mereka dan sentiasa sanggup bekerja keras tanpa memikirkan ganjaran. Cuma..... bilangan guru sebegini amat sedikit. Mungkin ada diantara rakan2 yang sudi berkongsi pandangan.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
3 komen:
faris
aku akan ke kajang pada 29 nanti..masa tu aku akan jumpa kau kita seattle masalah kita. buat masa ni kau test power laptop aku, wirelessnya, bluettooth, infra red dll.
kedua bab 'content base' dalam entri kau tu..pada pandangan aku..area pendidikan ni amat luas..dalam bab sikap guru ni..aku nak cakap pun susah sebab ianya sangat subjektif..bab ppd dan jpn dah tak ada taring pun satu andaian jugak. tapi guru time base kemudian sama taraf dgn gpk memang satu perkara serius yang perlu ditangani..kita menang satu kita kalah satu..dgr cerita gb 41 ke 44 hanya anugerah one off saja..first batch saja dapat lepas tu semua bali keasal semula ..betul ke? kalau begitu amat malang sekali ending pada cerita dan sandiwara ini sebab setakat ni tak ada lagi siaran macam dulu tu keluar dimana tahun ini sepatutnya siaran tu dah kuar untuk pengurusan kenaikan ke 44 tu..cuba kau selidik sikit bab ni...pokok kelapa condong...kita jangan pagar tanah kita..kita kena pagar tanah orang agar buah kelapa kita jatuh dalam pagar kita..betul tak?
ya, saya setuju,sistem time base ni boleh mempengaruhi tahap motivasi guru masakini. Kalau disekolah sudah tidak wujud iklim respect pentadbiran bcoz sometime orang bawahan lebih tinggi gaji berbanding dgn GPK. Fenomena ini berlaku bila orang baru tetapi dengan time base dan lulus PTK. Gajinya melepasi gaji GPK dan GB yang tidak lulus PTK, dan apa yang lebih hanya senioriti.Satu kaedah pengukuran lain perlu untuk mengukur kecemerlangan guru dan berhak mendapat ganjaran yang sepatutnya.
Salam Sop,
Hari2 aku guna laptop kau ni untuk test power. So far tak ada problem. Kalau kau datang pada 29 Mei ni, kira dah ok, tp kau kena call dulu krn aku buat sambutan hari guru peringkat sekolah last day tu dgn semua murid dtg pagi dan sebelah petangnya jamuan utk guru-guru (hi-tea).
Berhubung kenaikan ke 44 tu setakat ni bukannya one off (jika one-off ia akan menjadi double standard dan ini tak akan berlaku. Kalau duit bolehlah one-off) dan mungkin belum sampai keluar siarannya. sekrg ni MGB Kebangsaan sedang fight utk tempoh 3 tahun ke 48 pula. Klu berjaya, hari guru ni diumumkan.
Buat Cikgu Rosnah,
Konsep time based yang asal dan sewaktu mula diperkenalkan ialah bagi mereka yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun bagi mengenang jasa orang lama. Tetapi bila diubah ke 10 tahun atau kurang memang ia telah mencacatkan sistem kualiti guru. Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah. Mungkin perkara ini boleh direnungkan bersama.
TK.
Post a Comment