Pada 16 Mei 2009 telah diadakan kejohanan bowling melibatkan Pengetua, Guru Besar, pegawai PPD dan beberapa individu tertentu. Penyertaan aku sekadar memeriahkan suasana kerana diukur kemahiran memang aku tidak mempunyai kemahiran tinggi. Bagi mewujudkan hubungan dan kejelekitan, penyertaan adalah untuk hubungan jangka panjang.
Keseluruhannya memang meriah pada hari tersebut. Seperti yang dijangka aku memang tidak mendapat sebarang tempat di kejohanan tersebut.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
7 komen:
Kalah menang tu perkara kedua faris. Yg penting ialah hubungan kerjasama, partisipasi dan keperihatinan.
Sememangnya aktiviti sebegitu dapat merapatkan hubungan dan memupuk kejelikitan. Apatah lagi dlm organisasi besar kita...networking tu kan penting.
Bowling adalah satu bentuk riadah yg bagus juga. I suka coz.. cooling tak panas! I pun dah lama tak main bowling.
Betul tu Ita. Setakat ni penyertaan saya dalam semua kejohanan bowling tak pernah menang pun. Kita mesti masuk dalam kelompok kita walau dimana kita berada. Memang kejelekitan itu yang diutamakan.
Nanti kita buat tournament utk alumni PPGB Kump B nak tak? At least utk Selangor dan WP KL. Amacam?
eh jemput ler aku sekali, kalau aku free tentu aku dtg...
masalahnye aku selalu tak free....huhu
Cerita pasal bowling ni, saya pun ada main bowling dengan anak buah sek sempena hari guru, dapat no 4 drp 10 pemain (guru & staf lelaki) kemudian kami buat pertandingan MGB, alhamdulilah dapat naib johan, tak pandai, tapi memandai-mandai. Seronok juga.
Cop,
Kau tu mmg sentiasa tak free. Asyik chatting aje. Lepas tu nk uruskan dua rumah. Kau main bowling kat rumah ajelah.
Che Hassan,
Bab main bowling ni, ada nasib baik kita dapat strike aje, kalau nasib tak baik baling bola tu macam mana pun asyik spare aje. Kalau spare tak apa juga, ada kala masuk longkang. Ha ha ha...
woi faris, yg aku main kat rumah nak buat apa citer kat kau!
ek eleh nak kata aku asyik chatting jer ye, tak sedar diri betul la kau! mengata dulang paku serpih.... hahaha
----> gi baca kisah labu labi kat blog zaijb ada sambungan la....hehehe
dulu masa kat upsi, si pirzan main bowling atas katil...berdentum kena dinding..aku tersentak dibilik sebelah...tulah permain bowling paling fanatik yang aku pernha tengok
selamat berbowling..sesuailah kau dekat kajang tu...aku kat aur nak bowling kat jembatan gantung bolehlah..
Post a Comment