Ketahanan diri adalah hatinya bukan kekuatan fizikalnya
Jati diri itu adalah kekuatan jiwanya bukan besar badannya
Keteguhan hati itulah kekuatan seseorang bukan anggota lahirnya
Kekuatan jiwa bukan dengan harta benda
Adakalanya ia melemahkan jiwa
Keteguhan hati bukan dengan sebab banyak ilmunya
Jati diri itu tidak juga pangkatnya
Hati yang teguh, jiwa yang kuat itulah kekuatan manusia
Itulah juga jati diri manusia
Tidak ada jati diri, ketahanan diri tidak ada
Ketahanan diri tidak ada,bermacam-macam sifat yang negatif akan masuk di hatinya
Yang baik atau yang buruk datang, semuanya jadi buruk
Bagaimana membangunkan jati diri?
Jati diri dibangunkan dengan ilmu, iman dan taqwa
Tidak ada ketiga-tiga itu, tidak ada jati diri
Tidak ada jati diri, pertahanan diri tidak ada
Dengan kata-kata yang lain, jati diri dibangunkan dengan takut dan cintakan Allah
Syariat diamalkan dan dihayati hingga berkesan pada jiwa
Apabila jati diri tidak ada, terdedah kepada segala yang negatif
Dibawa beberapa contoh di sini:
Jika jati diri tidak ada
Dapat pangkat, ada ilmu sombong pula
Ada harta dan kekayaan, megah dan bakhil tiba
Jika miskin meminta-minta dan mencuri pula
Dapat kesusahan dan ujian bala, tidak sabar menerimanya
Ada untung peribadi, sanggup langgar agama
Apa yang dapat tidak seperti yang dicita-cita, tidak redha pula
Apabila disogok, rasuah pula
Apabila orang senang, hasad dengki datang
Pantang dicabar, jiwa meradang
Inilah di antara tanda-tanda ketahanan diri tidak ada
Apa yang datang semuanya merosakkan jiwa
Datang yang baik, rosak, tiba yang buruk, juga rosak jiwa
Kerana pertahanan diri sudah tidak ada
Jati diri telah rapuh dan reput
Terasnya tidak ada
Jiwa terdedah dengan bahaya
Itulah yang sedang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia
Ketahanan diri sudah tidak ada
Sebab itulah perpaduan sudah tidak ada
Hidup mementingkan diri sendiri jadi budaya
Kerana jati diri sudah tidak ada
Disebabkan jiwa sudah tidak ada pertahanannya
Maka cinta dunia pun menguasai jiwa
Kerana cinta dunia, jual agama, jual negara
Bagaimanalah negara hendak kuat
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
3 komen:
CINTA bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan, CINTA bukan mengajar kita menghinakan diri tapi menghembuskan kegagahan. CINTA bukan melemahkan kudrat tapi membangkitkan semangat... <-- blh tk aku tulis camni??? hehe...
Terima kasih di atas komen Soca. Tulis macam mana pun boleh kerana blog adalah tempat kita bertukar fikiran dan pandangan. Pembentukan ketahanan diri meliputi semua aspek kehidupan, cuma bagaimana kita menghadapi dan mengatasinya. Kebijaksanaan yang selari dengan keimanan membantu kita membentuk ketahanan diri. Cinta terhadap segala2nya penting dan cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah cinta sejati. TK.
eh dalam blog ni pun ada perbincangan ttg cinta ye.... bagus2..., jgn lupa singgah di blog saya!
Post a Comment