Aku memang ternanti-nanti berita ini. Lantas seawal pagi aku telah membuka laman web UPSI bagi mendapatkan keputusan permohonan aku tetapi hampa. Aku mengambil keputusan menelefon terus ke Institut Pengajian Siswazah bagi mendapatkan keputusan permohonan. Pihak IPS menyatakan ada masalah kepada laman web mereka dan melalui telefon aku dimaklumkan bahawa permohonan aku telah berjaya bersama2 dengan seorang lagi rakan aku. Kesemuanya terdapat seramai 26 orang bagi sesi pembelajaran kami nanti.
Pihak IPS menyatakan bahawa semua urusan surat menyurat akan dikeluarkan pada minggu hadapan dan aku perlu mendaftar diri pada 20 Jun 2009. Inilah cabaran aku seterusnya dalam meneruskan pengajian di peringkat sarjana yang akan menuntut ketahanan mental, fizikal dan kewangan. Aku akan tetap terus cuba mengharunginya kerana aku berazam untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang tertinggi berdasarkan kemampuan aku kerana inilah peluang yang aku peroleh. Peluang ini tidak aku peroleh sewaktu mula2 bekerja kerana ia agak terhad.
Insya-Allah, U can do it. U can do it.
TQ.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
5 komen:
tahniah... blajar btl2 ye, dn sntiasa tabah dgn dugaan.... org blajar ni mcm2 dugaan mendatang... smoga berjaya!
TK Soca. Dugaan mmg x boleh dielakkan. Ketabahan yg boleh membantu. Apa yang mendatang akan diserap (jika baik) dan akan ditepis (jika tak baik). Diharap rakan yang sama2 berjaya dalam permohonan (Cikgu Mahani) dpt membantu saya. TK.
tahniah faris... aku doakan kau berjaya cemerlang, dan utk si mahani jugak...
tahniah faris..kau memang cari masalah...elok elok duduk rumah dgn anak bini saja kau cari susah..aku yakin kau akan berjaya...sebab susah dulu senang kemudian...faris aku nak kau dapat JUSA ingat tu JUSA
KK,
Bukan cari susah tetapi suka kepada cabaran semasa dengan mengasah minda. Tentang nak sampai JUSA tu, akan dicuba sedaya mungkin jika bekemampuan. Keyakinan kau agar aku berjaya akan cuba aku buktikan. Insya-Allah.
Post a Comment