
Hari ini aku mengambil cuti rehat bagi menguruskan kad pengenalan anak aku yang genap usianya 12 tahun pada 25 Mac lalu (minggu lepas). Aku hampir terlupa kerana kali terakhir proses kad pengenalan anak ialah 5 tahun lalu. Jika melebihi dari sebulan, akan dikenakan denda. Ingatkan prosesnya lama tetapi siap lebih kurang 45 minit sahaja. Aku dan isteri dengan kod 01 di tengah bagi menunjukkan negeri kelahiran ialah Johor, anak sulong aku 08 yang lahir di negeri Perak dan anak kedua dan ketiga dengan kod 06 yang lahir di Pahang. So, kami sekeluarga dari pelbagai negeri.Aku juga mengambil kesempatan untuk bertanya dengan pihak Jabatan Pendaftaran...