Hari ini aku mengambil cuti rehat bagi menguruskan kad pengenalan anak aku yang genap usianya 12 tahun pada 25 Mac lalu (minggu lepas). Aku hampir terlupa kerana kali terakhir proses kad pengenalan anak ialah 5 tahun lalu. Jika melebihi dari sebulan, akan dikenakan denda. Ingatkan prosesnya lama tetapi siap lebih kurang 45 minit sahaja. Aku dan isteri dengan kod 01 di tengah bagi menunjukkan negeri kelahiran ialah Johor, anak sulong aku 08 yang lahir di negeri Perak dan anak kedua dan ketiga dengan kod 06 yang lahir di Pahang. So, kami sekeluarga dari pelbagai negeri.
Aku juga mengambil kesempatan untuk bertanya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara tentang kes murid aku yang sama surat beranaknya dengan murid SK Jalan Bukit sewaktu semakan data Sistem Maklumat Murid dilakukan. Kedua2 surat beranak adalah cabutan (satu tahun 2006 dan satu lagi tahun 2008). Pihak JPN sedia membantu menyemak keesahan surat beranak tersebut kerana aku berpendapat salah seorang penjaga telah menggunakan surat beranak palsu atau melakukan penipuan. Aku telah mengemukakan masalah ini kepada pegawai unit HEM di PPD tetapi buat tak kisah sahaja kerana dia tidak memikirkan implikasi yang akan ditempuhi. Implikasi pertama sewaktu murid ini membuat pendaftaran UPSR nanti. Implikasi kedua membiarkan penipuan berterusan atau mungkin penyalahgunaan kuasa oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara. Implikasi ketiga, jika salah seorang bukan pemilik yang sah surat beranak tersebut maka ia dikira sebagai bukan warganegara dan GB yang membenarkan murid bukan warganegara bersekolah tanpa membayar fees boleh dikenakan tindakan surcaj. Nak kata pegawai PPD ni tak cerdik tak tahu nak kata atau mungkin malas nak menguruskan perkara yang dianggap remeh tetapi sebenarnya amat penting.
Terlanjur bercuti aku mengambil kesempatan ke sekolah rakan di Bandar Tun Hussein Onn bagi membantu makmal komputer sekolahnya. Setelah dikenalpasti masalah dan jalan penyelesaian, aku sekali lagi terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu ini dengan melakukan kerja2 penyelenggaraan di makmal komputer sekolahnya bagi membolehkan ianya digunakan bagi faedah murid2. Itulah kerja2 yang boleh aku lakukan demi membantu rakan2.
TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
wah, ganas juga komen kau pada ppd tu eh. kalau betul, they deserved it!
faris, kau masih ingat tak mcm mane nak buat surat beranak? Kat mane nak daftar? jgn kau pegi ke jabatan penerangan pulak!... hehehe. Dah tak mahu beranak lagi? Seronok la ada anak kecil....
Min,
Itulah kalau orang keje nak senang aje dan tak nak bersusah payah serta tujuan keje tu sekadar nak makan gaji tetapi tak nak membantu menyelesaikan masalah murid.
Sop,
Kalau ada anak kecil susah juga nak bermesra dengan mak anaknya. Berebut2 pulak nanti. Lainlah macam kau boleh beralih arah. He he he..
hah banyak ler arah kau faris!
kau mcm tak biasa jer berebut2 dgn anak... best, seronok!!! hehehe
Post a Comment