Hari ini aku menganjurkan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Hajat tu nak berarak tetapi tidak kesampaian kerana cuaca hujan sehingga waktu tengah hari. So, aktiviti berlegar sekitar dalam dewan sahaja. Disamping itu badan kebajikan guru sekolah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk 3 orang guru dan 1 orang staf yang telah bertukar dan akan bertukar sama ada setara dan naik pangkat.
Selesai solat jumaat, aku terus terpaksa menghadiri mesyuarat PKG yang membincangkan pelaporan aktiviti 2008 dan perancangan aktiviti 2009. Seterusnya esok aku akan terus ke Pusat Kokurikulum Negeri Selangor untuk memastikan tugas jawatankuasa kecil urus setia dan pendaftaran yang dipertanggungjawabkan kepada sekolah aku dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh PK Kokurikulum dan ahli jawatankuasanya kerana esok merupakan hari ketibaan semua kontinjen negeri. Yang pastinya malam ini aku keseorangan kerana isteri dan anak aku pulang ke kampung di Muar serta aku tidak dapat menemaninya. Inilah kali pertama isteri aku memandu sendiri untuk pulang ke kampung tapi tidak merisaukan aku kerana anak sulong aku menemaninya dan boleh bergilir memandu. Semoga mereka selamat tiba dan kembali. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
0 komen:
Post a Comment