KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Friday, July 31, 2009

Seronok Juga

Hari ini dan esok segala kuliah dibatalkan kerana UPSI ditutup disebabkan H1N1. Bila kuliah tiada sekali sekala ni terasa lapang dan seronok juga kerana biasanya hari ini terpaksa bergegas ke Tanjung Malim. Tambahan pula assignment tak siap lagi dan adalah sedikit masa talian hayat. Jika kuliah kena ganti, alamat hilanglah pula keseronokan nanti. Walau bagaimanapun esok terpaksa pula ke UKM kerana Pengetua dan Guru Besar di bawah Parlimen Serdang dipanggil untuk sesi bersama Tun Dr Mahathir dan Dato Dr Ibrahim Abu Shah (NC UiTM). Bagi sesi percambahan dan keterbukaan minda aku telah berpakat dengan beberapa orang rakan untuk hadir.Setelah itu aku akan terus ke Melaka pula sehingga Ahad. Walaupun jadual asal pada minggu ini hendak ke Kuantan bagi menjengok anak aku tetapi terpaksa ditangguhkan....

Tuesday, July 28, 2009

High Impact Leadership

One. Self-Mastery: maximizing personal potential. * The keys to sustaining credibility, even in the face of skepticism. * Identifying and using the power of shared values. * The most overlooked factor in professional growth and how you can use it right away.Two. Stewardship: the strategic deployment of resources. * The leader's only three resources: everyone has them but leaders make history with them. * Developing the power of focus. * Creating shared focus, taking your followers along with you.Three. Visioning: creating the future. * Developing a forward agenda: leave mere goals behind with this little-known tool. * How to go from being creative to innovative. * The risk myth: how leaders handle risk differently than assumed.Four. Persuasive Communication: selling...

Monday, July 27, 2009

Resonant Leadership

The Eight Core Principles of Resonant Leadership1. All Leadership is example, anything else is coercion.Resonant Leaders “walk their talk.” This creates a working environment of openness, honesty, and trust. Leading by example is the only way to create emotionally engaged followers. Competent people with a strong self-concept, people capable of being Resonant Leaders, will not be coerced; they will just leave. Research shows that the principal reason good people leave is because of the impossibility of relating well (i.e. trusting) a boss who does not “walk the talk.”2. We are ALL leaders, all the time.Simply because our lives are defined by our relationships, we must be aware of our influence on those around us. Independent of our position, formal authority or role, we all have people who...

Thursday, July 23, 2009

Terujakah Aku?

Hari ini adalah hari kelima aku ditinggalkan sendirian oleh isteri aku. Kalau dulu-dulu aku kerap meninggalkannya disebabkan tugas aku yang kerap out station tetapi kini walaupun isteri aku tidak kerap out station tetapi mencukupi untuk membuatkan aku sukar menguruskan kehidupan seharian. Jika sebelum ini semuanya disediakan tetapi kini aku kena buat sendiri. Juga terpaksa menguruskan anak perempuan aku yang seorang berada di rumah. Yang dua lagi tu dah tinggal di asrama, jadi tak ada masalah sangat. Setelah lima hari, aku akan menjemput kepulangannya pada subuh ini (jam 2.30 pagi) di KLIA. Adakah aku mahu tidur dulu?? Nanti pagi baru sedar! Kalau aku tak tidur? Esok aku dah nak bergerak ke Tanjung Malim dan alamat tertidurlah aku dalam bilik kuliah. Aku teruja menanti kepulangan isteri aku...

Monday, July 20, 2009

Majlis Perhimpunan Warga Pendidik KPM di PICC

Esok iaitu pada 21 Julai 2009 akan diadakan perhimpunan warga pendidik KPM di Putrajaya International Convention Centre bermula jam 8 pagi hingga 1 petang. Difahamkan semua Pengetua/Guru Besar dan Ketua Panitia/Bidang Matematik/Sains perlu hadir. Setakat ini negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur akan berkumpul di PICC. Kepada rakan2 mungkin ini peluang kita bertemu dan berbual tentang perkara semasa kerana lama tak jumpa. Selamat bertemu esok kepada raka...

Democratic Leadership

Salam, ada tak sesiapa rakan2 yang boleh membantu dalam mencari bahan berkaitan dengan democratic leadership ni. Tak kiralah berikan URL atau nama buku atau nama jurnal. Boleh diemailkan kepada saya. Terima kasih atas jasa baik rakan2 yang su...

Sunday, July 19, 2009

Sunyi... Nak Buat Apa??? Apa lagi buatlah kerja yang tak siap lagi.

Hari ini aku ke KLIA bagi menghantar isteri aku yang bercuti ke Bali bersama rakan2nya. Agak terlewat juga kerana persiapan masih perlahan. Nasib baik boleh sampai tepat pada masa dengan kelajuan kereta yang melebihi had laju lebuh raya. Kalau kena saman, nasiblah. Nampaknya aku jadi orang bujang sehingga Khamis dan menguruskan seorang anak yang bersama di rumah. Itu tak jadi masalah bagi aku.Selepas itu langsung ke asrama bagi menguruskan anak lelaki aku yang nak keluar outing dan kemudian menghantarnya balik semula ke asrama. Seharian hari minggu ni aku tak dapat berehat lagi kerana menguruskan pelbagai perkara. Hajat hati nak mula buat assignment malam ini. Kalau badan tak letih..... sebab malam minggu dah sampai lewat malam kerana temankan isteri untuk Grand Dinner di Sunway Pyramid. Nak...

Friday, July 17, 2009

Fuh! Lega.. Akhirnya Draf Siap

Aku baru selesai mencetak draf assignment untuk dibincangkan dengan lecturer pada petang dan malam ini. Harap2 tak ada banyak komen sangat walaupun draf tidak begitu sempurna. Apa yang penting dah siap untuk semakan dan tatapan lecturer dan tidak menunjukkan tak buat langsung walaupun tarikh penghantaran lengkap pada bulan September nanti.Baru senang hati nak bertolak ke Tanjung Malim sekejap lagi. Am...

Thursday, July 16, 2009

Nota Pengurusan Kualiti - Dr Abd Raheem

Rakan2 kuliah Pengurusan Kualiti,Setakat ini tiada makluman rasmi bahawa kuliah pada hari Sabtu akan diadakan seperti jadual dan kita anggap kuliah itu batal kecuali jika Dr Abd Raheem menyatakan bahawa beliau tidak jadi pergi ke Ipoh dan kuliah akan dijalankan mengikut jadual. Diharap rakan2 sentiasa peka dengan makluman atau menghubungi saya secepat mungkin.Nota telah saya uruskan fotostatnya. Bagi mengelakkan rakan2 tidak dapat nota tersebut jika kuliah tiada, sila ambilnya pada saya seperti keterangan berikut :1. Jumaat (17 Julai 2009) sebelum 3.00 petang atau selepas 6.00 petang di bilik kuliah Taman U 29 kerana saya ada kuliah Kaedah Penyelidikan bersama Prof Dr Abd Jumaat.ATAU2. Jumaat (17 Julai 2009) sebelum 8.00 malam atau selepas 11.00 malam di Tadahan Selatan 8B kerana saya ada...

Wednesday, July 15, 2009

Bertungkus Lumus

Aduhai.... semalam dah mula tidur lewat. Almaklum assignment belum siap lagi. Yang melemahkan ialah untuk memahami dan menterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Selepas itu baru boleh ambil point dan nak buat ulasan. Sempat ke siap sebelum Jumaat ni????? Kena pulun betul2 ni. By hook or by crook, kena siapkan juga. Terjegil mata dibuatnya. Cabaran... cabaran... kena kuatkan semang...

Monday, July 13, 2009

Peranan Ibu Muslimah

Kesempatan ini diambil bagi melihat kembali peranan seorang ibu dalam mendidik anak2 disebabkan kesibukan para bapa dalam mencari nafkah. Ini tidak bermakna para bapa boleh melepaskan sepenuhnya tanggungjawab beliau kepada kaum ibu. Cuma entri ini dimasukkan bagi memberi fokus kepada penyelesaian masalah yang aku hadapi di sekolah ketika ini yang melibatkan murid sekolah aku. Petikan ini sekadar renungan sahaja.Di samping tugasnya sebagai suri rumahtangga, wanita Islam juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan dalam Islam bukanlah sekadar menjadi Isteri,mengandung, melahirkan serta mengasuh anak, kerana sifat yang sedemikian juga ada pada haiwan. Keibuan dalam Islam ialah mempunyai jiwa dan perasaan sebagai ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan...

Saturday, July 11, 2009

Nota Kaedah Penyelidikan - UKP6013 Prof Dr Abd Jumaat

Kepada rakan2 sekelas kuliah Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan yang dibawah Prof Dr Abd Jumaat bolehlah download nota dengan pergi ke blog kumpulan di http://m2009upsi.blogspot.comJika ada apa2 masalah dalam download, sila respon melalui komen. Terima kas...

Friday, July 10, 2009

Musim Buah

Memang menguji diri ketika ini. Maklumlah dah musim buah2an. Macam2 buah sampai perut pun meragam satu macam. Sekarang ni aku sedang menghabiskan buah manggis dan rambutan yang dikirim oleh adik ipar aku dari kampung. Bila makan manggis banyak2 sangat dah terasa sakit perut. Bila makan rambutan banyak2 pula, dah mula nak batuk. Itu tak masuk makan durian. Selang dua/tiga hari beli durian tapi aku tak makan banyak kerana bimbang BP naik. Setakat rasa seulas dua sahaja bagi menghilangkan gian. Orang rumah aku lah yang paling suka durian ni. Tunggu2 juga dimana diadakan pesta buah2an, boleh juga pergi.... Bila makan buah2an berlebihan ni, mungkin akan memudaratkan kesihatan pula. ...

Thursday, July 9, 2009

Google perkenal sistem operasi saingan Windows

09/07/2009 9:15amSUN VALLEY, Idaho 9 Julai - Google Inc. "menyerang" perniagaan teras Microsoft Corp. dengan merancang untuk mengambil alih kuasa perisian Windows yang kini mendominasi sistem operasi bagi keperluan komputer peribadi.Google yang kini sudah menawarkan suit e-mel, Web dan lain-lain produk perisian yang menyaingi Microsoft berkata, pihaknya akan melancarkan sistem operasi yang baru dan percuma yang disasarkan untuk komputer bimbit.Sistem operasi yang dipanggil Google Chrome, perisian baru itu akan dimasukkan ke dalam perisian komputer bimbit untuk pengguna pada separuh kedua tahun depan, kata Google dalam blognya dengan menambah, pihaknya mendapat kerjasama dari beberapa pengeluar. - ReutersIni adalah tajuk berita pada hari ini. Kini Windows telah mempunyai persaingan dalam sistem...

Wednesday, July 8, 2009

Alamak!

Setelah selesai semua urusan sepanjang 3 hari ini, barulah terfikir tentang assignment. Ada dua assignment yang perlu disiapkan bagi dibentang pada hari Jumaat ini. Esok dah Khamis, bermakna esok perlu disiapkan kerana hari Jumaat dah nak bertolak ke Tg Malim. Sempat ke ni????? Kena pulun... dan pulun... Tapi.. esok ke pergi ke pejabat Audit di Kg Attap pulak. Pening... pening... Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Inilah padahnya belajar secara part time. He he he he... Cabaran.....

Hari Ini Temuduga

Aku tiba ke rumah dari Kuantan hampir jam 10 malam. Terus buat persiapan serba sedikit dengan membuat pembacaan perkara2 yang dianggap penting atau ditanya oleh panel penemuduga. Pagi ini juga aku membuat pembacaan terakhir bagi memastikan beberapa perkara tidak aku lupa. Sambil2 tu sempat juga menjengah blog bagi mengetahui perkembangan semasa.Apa yang penting, aku dah baca beberapa akhbar penting menerusi internet bagi mendapatkan maklumat isu2 semasa pada hari ini yang meliputi keputusan PPSMI dan konsep 1Malaysia. Aku berharap laluan aku bertemuduga hari ini akan berjalan lancar. ...

Monday, July 6, 2009

Ke Kuantan

Tengah hari ini aku akan bertolak ke Kuantan bersama isteri dan anak sulong aku dengan tujuan menghantar anak sulong aku untuk pendaftaran kemasukan ke UIA Kuantan setelah tamat program asasi selama 2 tahun di Pusat Asasi UIA di Petaling Jaya. Anak aku akan memulakan sesi pengajiannya dalam bidang Matematik (Bachelor of Science)bagi tempoh selama 4 tahun. Pendaftaran akan bermula pada jam 8 pagi (7 Julai 2009) dan aku bercadang untuk menyelesaikannya secepat mungkin bagi membolehkan aku kembali ke rumah kerana pada 8 Julai 2009 aku akan menghadiri temuduga pula. Walaupun temuduga itu boleh dikatakan mudah tetapi sedikit sebanyak aku terpaksa membuat persiapan pengetahuan semasa.Biasanya bila ke Kuantan memang aku tak akan ketinggalan untuk menikmati juadah2 tradisional. Yang pasti aku akan...

Saturday, July 4, 2009

Banyaknya Assignment

Salam,Hari ini kuliah dihabiskan awal sedikit iaitu jam 10 pagi dan bukannya 11 pagi. Walaupun habis awal tetapi tidak boleh balik awal kerana terpaksa menyelesaikan perkara2 penting iaitu :1. Mencari buku di library bagi memilih satu tajuk bagi dibentang dan dikupas dalam kuliah hari Jumaat nanti.2. Membuat salinan fotostat koleksi jurnal bagi tujuan pembacaan kerana perbincangan tajuk Followership (nasib baik dah baca topik kepengikutan dari Jurnal IAB).3. Membincangkan proposal kajian penyelidikan berdasarkan tajuk2 yang dipilih.Bila belajar secara part time ini, masalah yang paling utama ialah menyiapkan tugasan2 yang diberi kerana sesi kuliah minggu berikutnya perlu disiapkan. Tahu-tahu ajelah kerana bila dah balik bekerja, tumpuan kepada kerja terpaksa dilakukan.Pada hari ini juga aku...

Thursday, July 2, 2009

Jadual Kuliah 3 dan 4 Julai 2009

3 Julai 2009 (Jumaat)3.00 - 6.00 petang : Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (Prof Dr Abd Jumaat)8.00 - 11.00 malam : Kepimpinan Pendidikan (Hj Nazirmuddin)4 Julai 2009 (Sabtu)8.00 - 11.00 pagi : Pengurusan Kualiti Dalam Organisasi (Dr. Abd Rahe...

Wednesday, July 1, 2009

Taklimat Guru Praktikum di IPGM Bahasa Melayu Lembah Pantai

Pada 2 dan 3 Julai 2009 aku terpaksa menghadiri taklimat tersebut di IPGM Bahasa Melayu Lembah Pantai bersama2 dengan guru pembimbing. Bermula jam 9 pagi dan tamat tidak pasti pukul berapa, diharap dapat memberi input2 baru kepada aku dan juga guru pembimbing. Pastinya sekolah perlu memainkan peranan penting bagi melatih guru2 praktikum ini dengan suasana alam persekolahan sebenar dan memberi seberapa banyak pengalaman berharga.Ini bermakna aku tidak akan berada di sekolah selama 2 hari dan apa yang pasti aku terpaksa bertolak ke UPSI pada 3 Julai itu dari IPGM ...

Pages 381234 »