Tengah hari ini aku akan bertolak ke Kuantan bersama isteri dan anak sulong aku dengan tujuan menghantar anak sulong aku untuk pendaftaran kemasukan ke UIA Kuantan setelah tamat program asasi selama 2 tahun di Pusat Asasi UIA di Petaling Jaya. Anak aku akan memulakan sesi pengajiannya dalam bidang Matematik (Bachelor of Science)bagi tempoh selama 4 tahun. Pendaftaran akan bermula pada jam 8 pagi (7 Julai 2009) dan aku bercadang untuk menyelesaikannya secepat mungkin bagi membolehkan aku kembali ke rumah kerana pada 8 Julai 2009 aku akan menghadiri temuduga pula. Walaupun temuduga itu boleh dikatakan mudah tetapi sedikit sebanyak aku terpaksa membuat persiapan pengetahuan semasa.
Biasanya bila ke Kuantan memang aku tak akan ketinggalan untuk menikmati juadah2 tradisional. Yang pasti aku akan mendapatkan keropok lekor, otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar dan lain-lain lagi. Sebelah malam pula, menu ikan bakar yang segar tidak akan dilepaskan. Huh... cerita bab makan ni memang menyelerakan. Walaupun penyakit ada tapi apa salahnya sekali sekala tidak berpantang.
Aku teringat kepada rakan aku (Sukimin) yang sentiasa memasukkan menu atau hidangan istimewa dalam blognya. Agaknya boleh juga aku berkongsi nanti. He he he..
Aku harap dapat tiba ke Kuantan selewat2nya sebelum Maghrib. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
1 komen:
drive carefully & take care faris!!!
Post a Comment