Hari ini adalah hari kelima aku ditinggalkan sendirian oleh isteri aku. Kalau dulu-dulu aku kerap meninggalkannya disebabkan tugas aku yang kerap out station tetapi kini walaupun isteri aku tidak kerap out station tetapi mencukupi untuk membuatkan aku sukar menguruskan kehidupan seharian. Jika sebelum ini semuanya disediakan tetapi kini aku kena buat sendiri. Juga terpaksa menguruskan anak perempuan aku yang seorang berada di rumah. Yang dua lagi tu dah tinggal di asrama, jadi tak ada masalah sangat. Setelah lima hari, aku akan menjemput kepulangannya pada subuh ini (jam 2.30 pagi) di KLIA. Adakah aku mahu tidur dulu?? Nanti pagi baru sedar! Kalau aku tak tidur? Esok aku dah nak bergerak ke Tanjung Malim dan alamat tertidurlah aku dalam bilik kuliah. Aku teruja menanti kepulangan isteri aku tetapi aku tidak teruja mengenangkan ada misi lain yang terpaksa aku tempuhi esok sehingga Sabtu. Apa yang penting aku akan 'passing baton'kepada isteri aku untuk menguruskan anak aku dan rumah. Aku terpaksa meminta isteri aku menghadiri majlis muzakarah anak aku pada hari Sabtu ini di asrama SMAP Kajang yang akan menghadapi SPM. Begitulah kehidupan suami isteri, saling bantu membantu dan tolong menolong. Apa yang penting, aku kesunyian tidur sendirian.... ha ha ha ha....
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
17 komen:
Itulah para suami ni bila dah ditinggalkan baru terasa bertapa besarnya peranan isteri dalam urusan rumah tangga.
itulah sebabnya kami kalau para isteri nak tinggalkan rumahh 2,3 hari kena pastikan semua urusan tu diselesaikan sebaik mungkin. Teringat pada Normah yang menyediakan lauk pauk untuk seminggu bagi keluarga di rumah yg disimpan dalam peti sejuk masa belajar di UPSI.
I rasa you tak payahlah tidur sebab kalau tidur pun mata je pejam tapi fikiran tentu asyik teringatkan orang yang nak balik tu...Salam untuk isteri tercinta..
faris,
ko ckp ape ni, tak fahamlah aku, ko kata teruja pastu kata tak teruja.... ko ni sebenarnya dilanda kerinduan yg amat sgt kat isteri ko tu, maklum ler tak penah ditinggalkan mcm tu punya lama, padan muka ko! masa ko tinggalkan dia pegi outstation ko tak rasa apa2 yer....!? Minggu ni kalau takde kuliah pun bagus kan? ko bole berkurung jer la dlm rumah, banyak bil air tertunggak yg perlu dijelaskan tu.... ha ha ha
apa2 pun, moga ko sentiasa bertambah2 bahagia bersama anak2 dan isteri tercinta!!!
faris faris faris....padan muka kau...baru kau tau yer camana hidup bila bini tak ada, rasakan hahahahaha
Ton,
Betullah tu. Mmg peranan seorang isteri amat besar. Pengorbanannya begitu tinggi. Mmg terasa benar bila ditinggalkan keseorangan. Tapi saya x mcm Normah yg terpaksa masak seminggu utk suaminya. Sy masak segera aje. Tunjuk2 dah siap. Susah2 ajak anak merayau dan singgah makan mana2 tempat. Malam td pun tidur2 ayam aje. Nasib baik kul 1.15 pg terjaga, klu tak terus ke pagi. Insya-Allah akan smpikan salam tu. TK.
Cop,
Betul ckp kau tu. Mmg kerinduan yg amat sgt. Muka aku ni dh lama padan dgn badan aku. He he he...
Kuliah pulak on mcm biasa. Esok pulak buat sukan tahunan. So, rutin kuliah kena pergi, sukan empower kpd PK Koku dan jemput pun YDP PIBG aje utk rasmi.
Bil air tu taklah banyak sangat tertunggak. Masalahnya bila ke pejabat pos nak bayar bil, pejabat pos tutup pulak. Nak kata hari minggu tak juga. He he he....
Terima kasih di atas doa ko tu Cop.
KK,
Ko gelakkan aku ye. Aku tahulah ko tu tiap2 minggu tinggalkan isteri ko. Apa yg penting, masalah tu dah selesai. Ko tu, tiap2 hr jumaat jgn x ada kt sek memanjang. Asal hari Khamis petang aje, mcm2 urusan di PPD. Ha ha ha....
Kesian Faris!!! Nak bayar pejabat pos tutup yer....
kalau dah pejabat pos tutup, carilah pejabat pos swasta.
woi!!! korang citer psl pejabat pos ler pulak ni knape??? Susah betol la org tua2 nie ckp berbelit2, kah kah kah..... Faris dah mmg lama dah tak ke pejabat pos la, zaman IT ni apa ade halnye...kan faris???
Haah lah Ita, pejabat pos nk tutup nk buat mcm mane. Balik dari UPSI nnti pejabat pos tu buka. He he he..
MPMN,
Pejabat Pos Swasta???? Bahaya tu.... Kat mana boleh cari??
YBS,
Almaklum, semuanya dah dewasa. Dh dpt ijazah pun. Dari UPSI lagi pulak tu. Kreativiti dan inovasi yang Dr Khuan ajar dulu tu mmg berkesan. He he he....
Mmg pun, byr bil pakai Maybank2U aje. Tapi kdg kala tu nk juga ke pejabat pos. Shhh....!
amboi... bkn main lg ko ye faris, gatai!!!....ke mengeryam??? hahaha
Salam.
Faris mcmna mesy agung MGBS tadi. Aku spatutnya ada sama wakili Pet Perdana. Apakan daya smlm pihak PPD dah ingatkan aku jgn ke mana2 kan kuarantin nnti jumpa Pengarah jadi lain pulak. Lagipun kami pentadbir mesy bersama ajk pibg jam 9 di Surau Tmn Mutiara Sbg. Alhamdulillah agak konkrit juga keputusan antara lain RM100 ribu dana sihathon dijadikan dana khas utk pembangunan sek iaitu nak bina bumbung dataran perhimpunan dan lain2 projek prasarana. 31 hb jumaat ni sek jemput ibu bapa dtg sek mulai jam 8 pagi utk solat sunnat hajat, baca Yassin dan Ceramah H1N1 oleh Jab Kesihatan Negeri....kami agak2 murid tak ramain datang mereka juga diminta dengar ceramah tu sekali.
Study Master kau tu ok ke...harap2 kau tabah dan teruskan perjuangan. Lagi pulak kau tu Penghulu....waah tentu agak busy dibuatnya. Sek aku tu Sukan tahunan dibuat selepas UPSR cadang nak buat di Stadium MBPJ......Ok. Tk Wassalam
AMA,
Saya tak dapat hadir mesyuarat MGBS tu sebab ada kuliah semalam dan hari ini. So, tak tahulah maklumatnya.
Wah, dalam kuarantin H1N1 tu, sempat juga buat Sihathon. Bagus idea tu.
Study master aku setakat ni berjalan lancar. Leceh sikit bila jadi Penghulu ni. Dalam sibuk urusan sendiri terpaksa pula urus urusan kumpulan. Kumpulan pula tu keahliannya berbeza setiap kuliah. Tak macam kumpulan belajar masa first degree dulu. Bila kau nak join?
Salam. Entahlah Faris....aku ingat dlm masa terdekat ni tak dptla meneruskan hajat spt kau & Mahani. Bukan apa di sek baru segalanya masih baru...tak perlu diwujudkan lagi masalah baru kot - spt gb selalu tak de di sek khasnya setiap sabtu jk ada prog sek. Prog Sihathon sek kami tu sudah bermula sejak 2 Jun setelah mula cuti sek hari tu(edar kad sumbangan sihathon kpd parens di hari akademik-terbuka sek di hari akhir sek)hinggalah 4 Julai. 5Julai tu akt kemuncaknya saje....serahan hadiah kpd pemenang atau penyumbang terbanyak sambil tu buat la prog derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, senamrobik, ceramah& pameran kesihatan dan lain2 buka gerai (charge sewa satu khemah RM100),tak sangka pulak sumbangan parens z7 yg terkumpul agak memuaskan. Tapi startegi PIBG utk lewat keluarkan surat kutipan sumbangan PIBG dan lain2 bayaran tambahan tu sedikit sebanyak ada kesan positif.Seronok dpt dana yang agak besar tu dpt pula ujian Allah bagi fasal H1N1 tu....La ni aku sorang2 aje kat pejabat sek lepas ambil surat di PPD (pengarah dah pesan kena jugak jenguk2 sek......jap lagi aku baliklah-masih kuarantin). Agak risau juga terutama bila teringatkan murid2 Th6 kesihan diaorg tu tinggal 42 hari lagi......ok Faris & kawan2 lain tk banyak. Wassalam.
Post a Comment