Memang menguji diri ketika ini. Maklumlah dah musim buah2an. Macam2 buah sampai perut pun meragam satu macam. Sekarang ni aku sedang menghabiskan buah manggis dan rambutan yang dikirim oleh adik ipar aku dari kampung. Bila makan manggis banyak2 sangat dah terasa sakit perut. Bila makan rambutan banyak2 pula, dah mula nak batuk. Itu tak masuk makan durian. Selang dua/tiga hari beli durian tapi aku tak makan banyak kerana bimbang BP naik. Setakat rasa seulas dua sahaja bagi menghilangkan gian. Orang rumah aku lah yang paling suka durian ni. Tunggu2 juga dimana diadakan pesta buah2an, boleh juga pergi.... Bila makan buah2an berlebihan ni, mungkin akan memudaratkan kesihatan pula. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
ko jgn terkena mcm aku aritu udah ler....
kau jaga sikit..besi dalam kaki kau tu
tak memudaratkanlah.. yang pimakan kulit durian tu sapa suruh... memang la memudaratkan.. tak..tak pa.. teruskan makan..
View Profile: Rantong™
Post a Comment