Saturday, July 4, 2009

Banyaknya Assignment

Salam,
Hari ini kuliah dihabiskan awal sedikit iaitu jam 10 pagi dan bukannya 11 pagi. Walaupun habis awal tetapi tidak boleh balik awal kerana terpaksa menyelesaikan perkara2 penting iaitu :

1. Mencari buku di library bagi memilih satu tajuk bagi dibentang dan dikupas dalam kuliah hari Jumaat nanti.
2. Membuat salinan fotostat koleksi jurnal bagi tujuan pembacaan kerana perbincangan tajuk Followership (nasib baik dah baca topik kepengikutan dari Jurnal IAB).
3. Membincangkan proposal kajian penyelidikan berdasarkan tajuk2 yang dipilih.

Bila belajar secara part time ini, masalah yang paling utama ialah menyiapkan tugasan2 yang diberi kerana sesi kuliah minggu berikutnya perlu disiapkan. Tahu-tahu ajelah kerana bila dah balik bekerja, tumpuan kepada kerja terpaksa dilakukan.

Pada hari ini juga aku terpaksa menghadiri 3 jemputan perkahwinan tetapi aku tidak dapat pergi 2 jemputan kerana fokus aku ialah jemputan perkahwinan anak sepupu aku kerana semua kaum keluarga berkumpul disini terutama dari JB.

Banyaknya assignment ni... huh.... nasib baik penilaian kepada semua aktiviti ialah 70% dan final exam cuma 30%. Yang penting ialah aktif dalam bilik kuliah dan yang menjadi beban sekarang ialah aku dilantik sebagai penghulu bagi ketiga2 kelas kuliah.

Insya-Allah. Alang-alang menyeluk pekasam......

0 komen: