Sunday, July 19, 2009

Sunyi... Nak Buat Apa??? Apa lagi buatlah kerja yang tak siap lagi.

Hari ini aku ke KLIA bagi menghantar isteri aku yang bercuti ke Bali bersama rakan2nya. Agak terlewat juga kerana persiapan masih perlahan. Nasib baik boleh sampai tepat pada masa dengan kelajuan kereta yang melebihi had laju lebuh raya. Kalau kena saman, nasiblah. Nampaknya aku jadi orang bujang sehingga Khamis dan menguruskan seorang anak yang bersama di rumah. Itu tak jadi masalah bagi aku.
Selepas itu langsung ke asrama bagi menguruskan anak lelaki aku yang nak keluar outing dan kemudian menghantarnya balik semula ke asrama. Seharian hari minggu ni aku tak dapat berehat lagi kerana menguruskan pelbagai perkara. Hajat hati nak mula buat assignment malam ini. Kalau badan tak letih..... sebab malam minggu dah sampai lewat malam kerana temankan isteri untuk Grand Dinner di Sunway Pyramid.
Nak buat apa? Sebenarnya banyak perkara yang nak dibuat tapi kena susun dulu kerja2 tu semua dan ambil yang penting mengikut keutamaan. Baru selesai touch-up blog group sikit2 supaya rakan2 tak ketandusan idea untuk terus berblog bagi yang ketagih blog.

5 komen:

hati2 gi bali tu nanti kena bom. kau tak takut ke faris. mkn di bali kena hati2 juga. nanti termakan satay kodok.

wei faris sejak bila pulak kau pandai berasa sunyi??? Jgn nakal2 semasa ketiadaan isteri di rumah tau, hehehe.... kalau nak sembang, aku sentiasa ada online dlm waktu pejabat. Berpuasa ler kau selama beberape ni yer....

MPMN,
Aku tak pi, orang rumah aku yang pi. Aku dah pesan macam2. Terpulanglah pada dia nak ikut nasihat aku atau tak.

YBS,
Aku tak nakal sekarang, Aku dah jadi baik dan sememangnya dari dulu aku baik. Kau aje yang kata aku nakal. Sekarang ni aku tengah pulun nk siapkan tugasan2 aku.

cikgu faris.. soal pinjaman tu mungkin disember ni.. kluar lagi. sorry saya tak beritau hari tu sebab saya tengok iklan dah tamat tempoh permohonannya. tapi saya tawakkal je.. mohon dah lewat 2 minggu masa tu..tapi rupanya dia perihatin juga .. alhamdulillah. Cikgu faris tgok la.. website YP. biasanya selepas kemasukan pelajar baru ada iklannya... tq.

TK Rosnah.Nanti saya akan sentiasa buka laman web Yayasan Pahang tu. Kalau ada tahu nanti bolehlah juga beritahu saya juga.