Aku tiba ke rumah dari Kuantan hampir jam 10 malam. Terus buat persiapan serba sedikit dengan membuat pembacaan perkara2 yang dianggap penting atau ditanya oleh panel penemuduga. Pagi ini juga aku membuat pembacaan terakhir bagi memastikan beberapa perkara tidak aku lupa. Sambil2 tu sempat juga menjengah blog bagi mengetahui perkembangan semasa.
Apa yang penting, aku dah baca beberapa akhbar penting menerusi internet bagi mendapatkan maklumat isu2 semasa pada hari ini yang meliputi keputusan PPSMI dan konsep 1Malaysia. Aku berharap laluan aku bertemuduga hari ini akan berjalan lancar. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
selamat menjalani temuduga bro, moga sukses cemerlang!!!
Selamat Maju Jaya.. saya percaya cikgu faris yang temu duga penemuduga nanti... bukan penemuduga yang temuduga cikgu faris.. hi.hi. gd luck!
Cop,
Terima kasih di atas sokongan dan tidak lupa juga kepada Ton dan Ita yang menyokong melalui SMS (mcm AF pulak).
Rosnah,
Saya telah ditanya dengan soalan pertama untuk memperkenalkan diri, dah berumur baru belajar dan terangkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (kerana tahu saya sambung master), pelaksanaan kokurikulum di sekolah, guru burn-out, motivasi guru, prosedur kehilangan peralatan PPSMI, pelaksanaan kewangan sekolah, PIPP (saya terangkan keenam2 teras berserta program dan contohnya di sekolah), cabaran sebagai pentadbir jika dibandingkan bertugas di KPM dan JPN dulu.
Memang pun saya yang banyak bercakap daripada penemuduga dan sesi saya hampir 30 minit sedangkan orang lain semuanya lebih kurang 15-20 minit. Agaknya betul juga kata Rosnah tu.
Post a Comment