Monday, July 20, 2009

Majlis Perhimpunan Warga Pendidik KPM di PICC


Esok iaitu pada 21 Julai 2009 akan diadakan perhimpunan warga pendidik KPM di Putrajaya International Convention Centre bermula jam 8 pagi hingga 1 petang. Difahamkan semua Pengetua/Guru Besar dan Ketua Panitia/Bidang Matematik/Sains perlu hadir. Setakat ini negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur akan berkumpul di PICC. Kepada rakan2 mungkin ini peluang kita bertemu dan berbual tentang perkara semasa kerana lama tak jumpa. Selamat bertemu esok kepada rakan2.

5 komen:

aku nak dtg jugalah sbb aku juga warga pendidik. nampak buruk je tptnya

mpmn, perhimpunan itu kan utk warga pendidik drp Selangor dan WP KL! kau tunggu ler giliran N9 nt, yg kau nak cepat2 sgt sertai perhimpunan tu knape??? kau join dgn Johor la nt!!!

MPMN,
Gambar buruk kerana sumbernya tak menarik.

Cop,
Betul cakap kau tu. Ia melibatkan warga pendidik di Selangor, WP KL, IPG, JPN, PPD dan KPM sendiri. Memang penuh sesak PICC.

Terima kasih atas segala bantuan dan bimbingan dalam persediaan dokumen serta persiapan untuk temuduga yang amat bermanfaat. Hari ini 22 Jul kumpulan Muar baru habis interview.

Choong

Choong,
Terima kasih juga kerana sudi menerima bimbingan. Apa yang dilakukan sebagai perkongsian bersama rakan2. Tahniah kerana telah berjaya melalui proses temuduga.