Thursday, July 16, 2009

Nota Pengurusan Kualiti - Dr Abd Raheem

Rakan2 kuliah Pengurusan Kualiti,
Setakat ini tiada makluman rasmi bahawa kuliah pada hari Sabtu akan diadakan seperti jadual dan kita anggap kuliah itu batal kecuali jika Dr Abd Raheem menyatakan bahawa beliau tidak jadi pergi ke Ipoh dan kuliah akan dijalankan mengikut jadual. Diharap rakan2 sentiasa peka dengan makluman atau menghubungi saya secepat mungkin.
Nota telah saya uruskan fotostatnya. Bagi mengelakkan rakan2 tidak dapat nota tersebut jika kuliah tiada, sila ambilnya pada saya seperti keterangan berikut :

1. Jumaat (17 Julai 2009) sebelum 3.00 petang atau selepas 6.00 petang di bilik kuliah Taman U 29 kerana saya ada kuliah Kaedah Penyelidikan bersama Prof Dr Abd Jumaat.

ATAU

2. Jumaat (17 Julai 2009) sebelum 8.00 malam atau selepas 11.00 malam di Tadahan Selatan 8B kerana saya ada kuliah Kepimpinan Pendidikan bersama Tn Hj Nazirmuddin.

Sekian, terima kasih.

0 komen: