Hari ini dan esok segala kuliah dibatalkan kerana UPSI ditutup disebabkan H1N1. Bila kuliah tiada sekali sekala ni terasa lapang dan seronok juga kerana biasanya hari ini terpaksa bergegas ke Tanjung Malim. Tambahan pula assignment tak siap lagi dan adalah sedikit masa talian hayat. Jika kuliah kena ganti, alamat hilanglah pula keseronokan nanti. Walau bagaimanapun esok terpaksa pula ke UKM kerana Pengetua dan Guru Besar di bawah Parlimen Serdang dipanggil untuk sesi bersama Tun Dr Mahathir dan Dato Dr Ibrahim Abu Shah (NC UiTM). Bagi sesi percambahan dan keterbukaan minda aku telah berpakat dengan beberapa orang rakan untuk hadir.
Setelah itu aku akan terus ke Melaka pula sehingga Ahad. Walaupun jadual asal pada minggu ini hendak ke Kuantan bagi menjengok anak aku tetapi terpaksa ditangguhkan. Ini disebabkan kakak ipar aku di Melaka buat kenduri naik rumah baru dan ada mesyuarat keluarga sebelah isteri aku. Agak penuh juga jadual minggu ini. Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
faris, ko ni pun mcm budak sekolah erk.... suka sgt kalau bercuti!!!
padat program ko hujung minggu ni, kalau memandu tu, berhati2, jaga kesihatan dan mudah2an semua selamat...
Cop,
Just dapat release tension. Dah penat2 study dan kuliah, bila dapat cuti tu mmg terasa seronok sikit. Apa yang tak boleh dibuat pada pagi Sabtu sebelum ini dapat dilakukan. Program kekeluargaan juga perlu dihadiri bagi mengeratkan silaturahim. Kalau sempat aku jumpa ko di Muor.... TK.
yeah cuti2 malaysia.. saya sedang belajar kaedah penyelidikan ni,, ada break sempat juga buka blog yang dah lama tak terusik.. cikgu faris ada fikirkan tajuk thesis lum? kalau ada boleh kongsi2. Saya blur jugak ni.. ingatkan masa belajar kaedah ni boleh terus minta pensyarah tengok tajuk yang dipilih ni.betul ke tidak.Apa agaknya tajuk yang sesuai, menarik dan memberi impak kepada dunia pendidikan.
Rosnah,
Memang sedang belajar kaedah penyelidikan. Tugasan yang diberi adalah secara berpasangan bagi menyediakan proposal dan disamping itu terus buat kajian dengan soal selidik serta dihantar sebelum exam pada bulan Okt nanti. Berkaitan tesis nanti, belum difikirkan lagi, tapi dalam tugasan ini akan dibincangkan tentang Kepimpinan Instruksional dan kesannya terhadap pencapaian akademik sekolah. Saya belajar kaedah penyelidikan ini pun baru separuh jalan, so tak leh nak komen banyak2 lagi. Kalau tajuk yang berkaitan isu semasa, rasanya lebih memberi impak seperti program baru yang hendak dilaksanakan iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris (menggantikan PPSMI). Saya pula bercadang untuk buat kajian tentang Standard Guru Malaysia jika ada bahan2 yang mencukupi. TK.
Post a Comment