09/07/2009 9:15am
SUN VALLEY, Idaho 9 Julai - Google Inc. "menyerang" perniagaan teras Microsoft Corp. dengan merancang untuk mengambil alih kuasa perisian Windows yang kini mendominasi sistem operasi bagi keperluan komputer peribadi.
Google yang kini sudah menawarkan suit e-mel, Web dan lain-lain produk perisian yang menyaingi Microsoft berkata, pihaknya akan melancarkan sistem operasi yang baru dan percuma yang disasarkan untuk komputer bimbit.
Sistem operasi yang dipanggil Google Chrome, perisian baru itu akan dimasukkan ke dalam perisian komputer bimbit untuk pengguna pada separuh kedua tahun depan, kata Google dalam blognya dengan menambah, pihaknya mendapat kerjasama dari beberapa pengeluar. - Reuters
Ini adalah tajuk berita pada hari ini. Kini Windows telah mempunyai persaingan dalam sistem pengoperasian tetapi sejauhmana kekuatan Google Chrome masih tidak dapat dilihat.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
Rasanya Google Chrome tu bukannya sistem operasi tapi sekadar pelayar web.
Ooo.. begitu ye Irfan. Saya masih belum berkesempatan untuk menguji Google Chrome ni. Kalau ada maklumat baru, kongsilah dengan saya. TQ.
Post a Comment