KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Sunday, August 30, 2009

Soalan Nilai Tambah UPSR

Salam rakan2,Saya telah memperoleh soalan tersebut hasil dari sumbangan saudara Sabri. Saya telahpun scan dan email kepada beberapa rakan yang sering ada rangkaian dengan saya. Kepada rakan2 lain yang inginkan soalan tersebut, sila email kepada saya di afarisj@yahoo.com dan saya akan emailkan soalan tersebut.Terima kas...

Friday, August 28, 2009

Berbuka Puasa

Aku baru selesai menghadiri kolokium. Sementara menanti waktu berbuka, aku cuba menjengah blog dan mencoretkan sesuatu. Hari ini terpaksa berbuka puasa di Tg Malim aje. Apa menu yang hendak dibuat berbuka tak tahu lagi. Kejap lagi ingatkan nak ronda2 bazar Ramadhan di Tg Malim ni tapi tak tahu dimana. Ah... cari ajelah. Berbuka sendirian sekadar makan apa sahaja yang ada. Dan yang paling mudah, order aje menu di kedai. Malamnya pula aku bercadang untuk mengerjakan solat tarawikh di masjid Tg Malim. Inilah peluang bagi aku meninjau keadaan di masjid ini.Selamat Berbuka Puasa kepada semua rakan2 yang mengena...

Thursday, August 27, 2009

Kolokium Pengajian Siswazah

Kuliah pada petang dan malam esok ditiadakan tetapi diwajibkan menghadiri kolokium pengajian siswazah yang bermula pukul 2.45 petang hingga 5.00 petang. Yang diralatkan ialah kuliah pada pagi Sabtu tetap berjalan seperti biasa. Ini bermakna terpaksa stay back juga dan tak boleh balik. Jadi, aku terpaksa berbuka puasa di kedai saja esok atau di masjid aje. Malamnya pula kerana tiada kuliah, kesempatan bagi aku bersolat tarawikh di masjid Tanjung Malim aje. Kolokium ini adalah bagi mereka yang hendak Viva dan terpaksa membentangkan tesis mereka. Inilah peluang kalau nak tanya macam-macam sampai mereka terduduk tak boleh jawab. Tapi... kesian juga ya. Nanti bila tiba giliran kita, tercungap2 nanti. Semoga perjalanan aku pada minggu ini akan lancar selancar perjalanan bulan Ramadhan i...

Tuesday, August 25, 2009

Fadhilat Zikir

Sewaktu menghadiri solat tarawikh di surau taman aku, tazkirah yang disampaikan adalah berkaitan dengan zikir. Lantas sebelum aku memulakan menaip assignment aku, aku cuba mencari sedikit maklumat tentang fadhilat zikir ini dan aku terjumpanya dalam salah satu blog yang aku rasa agak penting dan perlu sama2 kita membacanya.Hadis 1 Abu Hurairah . a memberitahu bahawa Rasulullah s. a. w pernah bersabda, ALLAH s. w. t berfirman: Sesungguhnya. Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku...

Sunday, August 23, 2009

Fadhilat Tarawikh Bulan Ramadhan

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الانبياء والمرسلين، وآله وصحبه أجمعين.Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al- Nashihin bermaksud: “ Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan. Baginda bersabda: “ Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunyaMalam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.Malam kelima:...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak

Esok semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Suatu ibadah wajib yang perlu dilaksanakan disamping ibadah2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Aku terpaksa menghadapinya dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Apa yang aku doakan agar diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia ini bagi melakukan ibadah mengikut kemampuan diri. Kepada semua rakan2 yang mengenali diriku secara dalaman atau luaran, aku mengambil kesempatan memohon maaf atas segala keterlanjuran sepanjang kita mengenali satu sama lain, sepanjang berblog, sepanjang masa berbual, sepanjang masa bersama dan sepanjang bersama2 dalam apa jua keadaan.Selamat...

Thursday, August 20, 2009

Penghayatan Bulan Kemerdekaan Ke-52

Aku menghadiri program tersebut yang diadakan di Kg Jawa, Batu 18, Hulu Langat yang melibatkan sasterawan negara Datuk A. Samad Said, Pegawai Daerah dan ketua-ketua agensi kerajaan di peringkat daerah. Kumpulan sasar yang hadir pastilah guru dan murid sekolah yang senang dikerah ke sana dan kemari. Program sangat meriah dan menarik.Kehadiran tetamu yang ram...

Wednesday, August 19, 2009

Majlis Pentauliahan Pemimpin Pengurusan TKRS

Aku dan mereka yang menerima tauliah hari ini meliputi seramai hampir 120 orang. Pentauliahan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Selangor. Sepatutnya pentauliahan ini aku terima pada tahun 2007 tetapi ketika itu berada di UPSI. Oleh itu masuklah dalam kategori pentauliahan kali kedua ini. Segala usaha aku untuk menyiapkan tugasan tergendala sebentar. Petang ini nak sambung semula. Esok pagi tergendala semula disebabkan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan peringkat daerah. Agak2nya boleh ke aku siapkan sebelum hari Jumaat ni? Cuba dan terus mencu...

Tuesday, August 18, 2009

Alahai Yusof Rompin

Di Lemon Food Court, Plaza Low YattBak kata orang, kemana2 pergi mesti dengan laptop. Aku sempat melayan saudara Yusof di Plaza Low Yatt pada hari ini bagi membeli keperluan ICT baik untuk diri, anak dan rakan2. Sambil menyelam minum air, sambil menunggu siap installasi kami pekena kopitiam. Apa lagi, sambil2 tu sempatlah menjengah blog dan apa2 yang patut. Yang penting terima kasih Yusof kerana belanja makan malam yang lengkap dengan sup ekor. Menegak naik ekor malam ni. He he he.....

Tension Tapi Terkawal

Ada seorang rakan aku tu selalu kata aku ada sindrom 3T. 3T yang dimaksudkannya adalah berbeza dengan 3T aku ni. Maksud 3T aku ialah Tension Tapi Terkawal. Sebenarnya aku tension kerana terpaksa menyiapkan tugasan untuk dihantar minggu ini kerana banyak lagi yang belum aku siapkan. Walaupun tension tapi aku masih mampu mengawal diri. Jika tak boleh siap juga, terpaksalah aku mengadap pensyarah terlibat minta excuse. Kalau boleh tak nak lah excuse dan nak hantar tepat pada masanya. Aku perlu berusaha gigih segigih2nya. Harapan aku by Thursday boleh siap tapi esok aku terpaksa menghadiri majlis pentauliahan TKSR yang akan disempurnakan oleh Pengarah. Lusa terpaksa pula ke Batu 18 Hulu Langat bagi program sambutan bulan kemerdekaan peringkat daerah. Cabaran dan dugaan betul. Insya-Allah, aku...

Sunday, August 16, 2009

Program Julang UPSR 2009

Program ini dijalankan pada 14-16 Ogos 2009 di Pantai Indah Seaview Resort, Sungai Sembilang, Kuala Selangor. Sasaran murid adalah seramai 50 orang iaitu murid2 yang dijangka akan mendapat pencapaian cemerlang 5A. Hasrat melebihi rekod pencapaian 37 orang 5A pada tahun 2008 akan cuba dicapai agar ia melebihi daripada 37 orang. Murid sedang menjawab soalan2 dengan tekun dengan bimbingan guru.Murid sedang menikmati makan malamMurid menjalankan aktiviti riadah dengan bermain polo air bersama gur...

Hari dan Minggu Yang Agak Memenatkan

Aku baru sahaja sampai ke rumah. Selepas tamat kuliah di Tg Malim, aku terus menjengah guru dan murid aku yang berada di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor bagi program Julang UPSR. Setiba di situ dalam keadaan kepenatan kerana aku tidak dapat tidur lena pada malam sebelumnya, lantas aku terlelap. Aku melihat beberapa aktiviti yang dilaksanakan. Hajat hati nak balik awal tetapi tidak kesampaian kerana guru2 aku minta dibelanjakan ikan bakar. Lantas lebih kurang pukul 10.30 malam kami semua menikmati jamuan ikan bakar di Pantai Remis berhampiran dengan resort. Wah, ikannya sedap kerana kami memilih ikan siakap, terubuk dan gerut serta kerang bakar. Pukul 12.00 tgh malam baru selesai dan itulah masa aku bertolak balik ke rumah. Bila dah melebihi 12.00 tgh malam, memang mata sukar untuk...

Wednesday, August 12, 2009

Kuantan

Esok aku akan ke Kuantan bagi menghantar anak aku yang tamat cuti H1N1. Terpaksalah ambil cuti bagi menguruskannya. Dah alang2 cuti, aku lanjutkan cuti aku sampai Jumaat bagi memudahkan aku bergerak ke Tg Malim pula dan sekurang2nya aku mempunyai sedikit masa untuk menyiapkan assignment yang akan dibentangkan pada hari Jumaat malam nanti yang terpaksa aku pulun kerana salah seorang ahli kumpulan tidak hadir kerana menghadiri konvo di UNIMAS. Bab menggoreng dalam pembentangan ni tak menjadi masalah tetapi bab menyiapkannya ada sedikit masalah.Bagi merehatkan diri, aku harap anak aku akan memandu ke arah Kuantan dan aku akan memandu pulang dan inilah masa untuk melatih anak aku memandu dalam jarak yang jauh. Semoga perjalanan aku esok selamat pergi dan kemba...

Tuesday, August 11, 2009

Simen Pero

Hari ini cikgu2 aku meneruskan untuk tujuan menamatkan kursus simen pero yang dilakukan pada hari Sabtu lalu. Aku ucapkan tahniah kepada guru2 aku diatas dedikasi dan komitmen mereka untuk melakukan tugas di luar bidang mereka. Hasrat aku apabila kemahiran diberi, ianya boleh digunakan untuk membina lanskap sekolah menggunakan teknik simen pero i...

Monday, August 10, 2009

Cuti dan Baiki Kereta

Oleh kerana kereta aku rosak dan tidak boleh dihidupkan sewaktu ke pasar semalam, hari ini aku mengambil cuti bagi membaikinya. Bermula dengan pembaikan 'fuel-pump', berlaku pula masalah aircond dan dibaiki juga. Selepas ini aku akan ke bengkel lagi bagi menukar 'timing-belt' dan minyak 'gear-box'. Setelah kerap dilanyak ke hulu dan ke hilir, kereta ni dah letih agaknya. So budget aku bulan ni lari sedikit setelah beribu dihabiskan untuk kereta. Diharapkan selepas ini kereta tersebut yang telah berusia 7 tahun akan berfungsi seperti biasa.Ada juga cadangan nakal supaya aku menukar kereta baru tetapi aku rasakan tidak perlu kerana wang lebih aku perlukan untuk belajar dan juga anak aku yang belajar di UIAM kerana setakat ini masih belum dapat biasiswa dan PTPTN. Tapi yang agak tertekan bila...

Saturday, August 8, 2009

Mentelaah dan Mencari Bahan di Perpustakaan Negara

Rakaman sewaktu di perpustakaan negaraSetelah selesai kuliah aku ke kedai fotostat bagi mencari buku2 yang boleh difotostat. Dapatlah sebuah dua buku. Agak malang sewaktu nak bertolak kereta aku meragam pulak. Nasib baik ada rakan baru yang tinggal di Tanjung Malim juga dan dia ada mekanik kereta yang selalu dia hantar kereta untuk dibaiki atau diservis. Apabila mekanik datang dan setelah diperhati, berlaku masalah kepada 'fuel-pump'. Diketuk2 dan diusik2 dan akhirnya kereta aku berjaya dihidupkan. Menurut mekanik tersebut, kos untuk tukar atau ganti adalah lebih kurang RM580 (dulu hampir RM700). Aku kata, aku tukar di pusat servis proton ajelah...

Friday, August 7, 2009

Majlis Syarahan ALUMNI UKM

Hari ini keadaan aku kelam kabut sikit. Majlis Syarahan Alumni di UKM tamat pukul 12.00 tengah hari. Lantas aku terus terpaksa bergerak selaju boleh ke Tanjung Malim. Sambil menanti kuliah bermula, aku sempat upload gambar aktiviti di UKM pagi tadi. Syarahan itu disampaikan oleh KPPM. Kandungan syarahan hanya berkisar kepada Alumni dan Pembangunan Pendidikan yang menyentuh isu-isu terkini. Pendek kata tak ada yang istimewa dan apa yang dapat disaksikan kepincangan dan krisis yang berlaku dalam UKM dimana beberapa Prof dan ADUN jadikan tempat dan majlis ini semacam program debat dan melahirkan rasa tidak puas hati. ADUN Bangi (PAS) mempertikaikan...

Thursday, August 6, 2009

Agenda Seterusnya

Setelah selesai meraikan guru-guru dari wilayah selatan Thailand yang dibawa oleh Institut Perguruan Islam, aku terus melaksanakan temujanji hospital aku pada hari ini. Alhamdulillah kerana bacaan tekanan darah aku 135/81 dan ini bermakna agak stabil walaupun dalam kesibukan dan tekanan. Kesibukan dalam menyelesaikan segala tugas dan tekanan dalam menghadapi tugasan dan kuliah yang akan bermula semula esok hingga Sabtu setelah minggu lepas bercuti H1N1. Tugasan aku masih belum siap, apa nak kata??? Nasib baik bila dah cuti, tarikh presentation pun tertunggak juga. Aku agak ralat kerana tidak dapat bersama dengan guru-guru aku yang akan melaksanakan kursus simen pero dan perkhemahan ibadah. Syukur juga aku tak perlu ke Kuantan pada hujung minggu ini kerana anak sulong aku akan balik hari esok...

Tuesday, August 4, 2009

Lagi Bertambah Sibuk dan Menyibuk. He he he...

Kadangkala kita hanya boleh merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Harapan agar tiada program lain yang mendatang tidak dapat dielak. Pihak Institut Perguruan Islam pula nak datang ke sekolah pada 6 Ogos dengan membawa seramai 20 orang pelawat dari Thailand bagi melihat dan meninjau pelaksanaan program j-Qaf. Nak ditolak agak serba salah kerana yang memohon adalah rakan2 juga. Dalam mengurus organisasi ini terpaksalah saling tolong menolong dan bantu membantu. Walaupun dimaklumkan saat2 akhir aku tetap terima dengan harapan apa yang aku permudahkan urusan orang lain semoga segala urusan aku juga akan dipermudahkan juga bila tiba masanya.Tup tup... datang lagi satu surat dari UKM yang meminta GB dan 3 orang wakil guru untuk sesi Syarahan Alumni yang mengutarakan Tan Sri Dato' Alimuddin...

Sunday, August 2, 2009

Lawatan Delegasi Korea Selatan

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi diri aku. Bermula dengan esok iaitu majlis pelancaran program Nilam Sedaerah, Rabu terima lawatan dari delegasi Korea Selatan bersama KPM, JPN dan PPD, menyiapkan dua assignment yang perlu disiapkan sebelum Jumaat dan akhir sekali rancangan hujung minggu untuk ke Kuantan bagi menziarahi anak sulong yang berada di UIAM Kuantan. Aku terpaksa bertungkus lumus menyelesaikan semua perkara ini. Pengurusan masa adalah amat penting dan kritikal minggu ini. Semoga aku diberi laluan yang mudah bagi menyelesaikan semua perkara i...

Pages 381234 »