Aku baru sahaja sampai ke rumah. Selepas tamat kuliah di Tg Malim, aku terus menjengah guru dan murid aku yang berada di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor bagi program Julang UPSR. Setiba di situ dalam keadaan kepenatan kerana aku tidak dapat tidur lena pada malam sebelumnya, lantas aku terlelap. Aku melihat beberapa aktiviti yang dilaksanakan. Hajat hati nak balik awal tetapi tidak kesampaian kerana guru2 aku minta dibelanjakan ikan bakar. Lantas lebih kurang pukul 10.30 malam kami semua menikmati jamuan ikan bakar di Pantai Remis berhampiran dengan resort. Wah, ikannya sedap kerana kami memilih ikan siakap, terubuk dan gerut serta kerang bakar. Pukul 12.00 tgh malam baru selesai dan itulah masa aku bertolak balik ke rumah.
Bila dah melebihi 12.00 tgh malam, memang mata sukar untuk dilelapkan dan jengahlah blog. Esok agenda aku diteruskan lagi bari merasmikan penutup perkhemahan unit beruniform di Impian Country Resort di Batu 18 Hulu Langat. Pendek kata sekolah aku mengadakan 3 program secara serentak iaitu Perkhemahan Beruniform, Program Julang, Kem Bestari Solat berserta sekolah ganti cuti deepavali.
Memang aku agak kepenatan tetapi kurang terasa kerana presentation bagi tugasan kepimpinan pendidikan mendapat pujian melangit dari pensyarah. Walaupun diberi masa sejam untuk membentang, aku pulun sampai 2 jam sehingga sampai pensyarah suruh skip beberapa isi model kepimpinan yang telah disiapkan.
Minggu depan, berdasarkan jadual, memang penuh dan pastinya sukar untuk aku bernafas. Segala cabaran akan tetap aku tempuhi. Kuatkan semangat.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
tahniah,kerana dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Kan saya dah kata subjek kepimpinan ni kacang je buat cikgu faris..sem ni cikgu faris ambil kaedah penyelidikan guna buku apa yek.lagi satu ada pilih tajuk tesis lum? saya ambil kaedah jugak sem ni.
TK Rosnah. Untuk kaedah, sem ni Prof saya syorkan buku Research Method oleh Zikmund (tebalnya hampir 3 inci). Semuanya dalam Bahasa Inggeris. Beli tapi tak baca, akhirnya cari buku2 fotostat BM di kedai2 fotostat sekitar Tg Malim. Konsep kaedah faham, tapi nak lebih faham lagi. Tentang tajuk tesis tu belum diputuskan lagi. Sekarang ni kami sedang dalam proses mengisi borang pendaftaran penyelia dan mengenalpasti tajuk yang perlu dikemukakan sebelum final exam bulan Oktober nanti. Cadangan nk pilih tajuk kepimpinan @ ICT @ Kualiti Guru. kena fikir habis2 ni dan yang penting mudah dapat bahan.
faris..kau email kat address mana..?
Post a Comment