Oleh kerana kereta aku rosak dan tidak boleh dihidupkan sewaktu ke pasar semalam, hari ini aku mengambil cuti bagi membaikinya. Bermula dengan pembaikan 'fuel-pump', berlaku pula masalah aircond dan dibaiki juga. Selepas ini aku akan ke bengkel lagi bagi menukar 'timing-belt' dan minyak 'gear-box'. Setelah kerap dilanyak ke hulu dan ke hilir, kereta ni dah letih agaknya. So budget aku bulan ni lari sedikit setelah beribu dihabiskan untuk kereta. Diharapkan selepas ini kereta tersebut yang telah berusia 7 tahun akan berfungsi seperti biasa.
Ada juga cadangan nakal supaya aku menukar kereta baru tetapi aku rasakan tidak perlu kerana wang lebih aku perlukan untuk belajar dan juga anak aku yang belajar di UIAM kerana setakat ini masih belum dapat biasiswa dan PTPTN. Tapi yang agak tertekan bila anak memohon untuk mendapatkan kenderaan (motor atau kereta) bagi memudahkannya ke kuliah. Ada pro dan kontranya setelah aku berbincang dengan isteri aku. Kenalah fikir panjang sikit.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
10 komen:
aku ingat ko belikan basikal je. jgn manjakan sangat anak tu. tp kalu kau rasa tak selamat dgn berbasikal belikan aje viva.
MPMN,
Apa2 pun nampak gayanya kena tunggu gaji DG41 dapat dulu. Kalau ada lebihan tu, insya-Allah. Anak pompuan ni susah sikit, manjanya lebih.
kau memang, kalau dengan perempuan cepat no kau jadi lemah lembut...manja. aku rasa kau repair jer dulu keta kau tu, ikut pijan memang suruh tukar jer..sebab dia loaded.. dah repai elok elok kau jual kat aku..
takpe,ikut priority la yek.saya dulu lanyak kereta ulang alik UTM 4 tahun masa 1st Degree. Mogok keta tu. Lagipun org pompuan tahu bawa je.. lalu hubby cadangkan tukar baru katanya dah berbaloi dah guna kereta tu. Lalu ambik la city..
KK,
Bukannya lemah dgn pompuan tapi lemah dgn kerenah anak2 sebagaimana ko menyerahkan laptop ko kpd anak pompuan ko tu.
Hajat nk tukar keta tu belum ada lagi. Hari ni saja aku dh baiki dan servis timing-belt, tukar gear-box oil, tukar brake oil, tukar disk brake, servis injection, tukar air filter, skimming disk brake, tukar plug dan servis aircond. So, dah macam ok serta tiptop. Almaklum digunakan setiap minggu berulang alik ke Tg Malim.
Rosnah,
Kereta merupakan satu kemudahan dan bukannya untuk bergaya atau bermewah. Kalau dia masih boleh bergerak dan berbakti kepada kita, maka gunakanlah aje. Rompin ke JB lebih jauh daripada saya berulang dari Kajang ke Tg Malim.
selagi boleh repair, repair je. itu lbh jimat dan tidak membazir. paling2 1000. kalau tkr baru berapa lama azab sengsara kita akan tanggung. ada duit lebih tu lebih baik beli tanah kebun ke, rumah ke tp jgn tambah seorg lagi nanti perang dunia ke3. kikiki
mpmn, faris kita ni kan setia dan penyayang orangnya. gua caya la kat dia.....dia tak tambah seorang lagi la.......
afarisj.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading afarisj.blogspot.com every day.
ontario payday loan
payday advance
Anonymous,
Thanks for visiting my blog. I hope you always visit it and contributing with your comment.
Post a Comment